Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trafik Blog Menjunam Dan Kekal Pada Paras Keupayaan Sebenar

$
0
0

Sebenarnya sudah sebulan aku tidak menulis apa apa diblog ini. Dan selepas itu aku ada mengeluarkan 2 artikel terbaru selepas sebulan menyepi. Dan kini aku mula menulis kembali. Kawan kawan, insyaallah aku akan mula aktif menulis disini. Bagaimana dengan dunia blogging untuk tahun 2014 ini. Jangan kerana aku tidak aktif disini ianya bermakna aku tidak aktif didunia blogging. Aku senantiasa ada diblog kedua aku iaitu di “MyRujukan.Com“. Untuk tahun 2014 ini aku sedar ada blogger lama yang masih unggul dan ada juga blogger baru yang baru hendak naik.

Korang tahu tidak. Sejak aku kurang berblogging atau off dari dunia blog untuk BLOG INI iaitu selama sebulan lebih. Aku perasan yang trafik blog aku menjunam agak banyak. Dan selepas turun naik trafik blog selama sebulan tanpa aku menerbitkan apa apa artikel, aku perasan yang trafik blog mula KONSISTEN walaupun ianya rendah. Dari sini aku faham yang walaupun trafik blog aku rendah tetapi ianya konsisten. Kenapa aku kata konsisten? Ini kerana dari sinilah aku nampak akan keupayaan sebenar trafik blog aku ini. Dengan ketiadaan artikel baru selama sebulan lebih menyebabkan artikel yang menarik trafik jenis bermusim akan stop dan blog aku hanya menerima trafik yang evergreen sahaja. Dan dari sini juga aku tahu mana artikel sebenarnya menyumbang trafik secara konsisten dan itulah yang perlu aku jaga.

Cara Menarik Trafik Blog Baru

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru – image credit to dreamstime.com

Tingkat Trafik Blog Untuk Media Buat Duit Online

Bagaimana dengan trafik blog korang? Ada pernambahan atau menurun? Korang nak tahu tidak, blog aku yang kedua walaupun usianya baru mencecah 6 bulan lebih, tetapi trafik yang masuk kedalam blog adalah lebih kurang 4 KALI GANDA dari blog ini. Oleh itu kenapa aku banyak meluangkan masa disana berbanding disini. Tapi jangan risau aku mula aktif disini. Untuk tahun 2014 ini apakah hala tuju korang didalam berblogging? Sebenarnya aku perasan akan sesuatu yang berlaku didalam dunia blogging sejak akhir akhir ini terutamanya didalam dunia buat duit dengan blog. Setuju? Baca dibawah..

Aku sebenarnya tahu yang untuk tahun 2014 ini ada beberapa blogger yang mula membuat blog tambahan. Maksud aku ada blogger yang mula sejak penghujung tahun lepas dan tahun ini mula membuat blog kedua dan ketiga. Bezanya blog terbaru yang mereka buat aku nampak mereka memfokuskan kepada “buat duit online” dan kebanyakkannya adalah untuk projek AFFILIATE. Aku tahu siapa. Tahniah buat mereka yang berbuat begitu. Dengan begitu blog utama dengan blog kedua mereka akan mempunyai target yang berbeza dan mudah untuk dipantau. Begitu juga aku. Disebabkan tarikkan buat duit online itulah sebab aku membuat blog yang kedua. Oleh itu trafik blog akan aku tingkatkan dari hari ke hari dengan artikel yang baik dan berkualiti. Berkualiti bagi aku bukanlah aku menulis dengan cantik atau professional tetapi aku menulis dari hati tanpa amalan copy paste. Bagaimana dengan trafik blog korang?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles