Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Tips Cari Kerja Di Malaysia

$
0
0

Assalamualaikum. Adakah sukar mencari kerja di Malaysia? Adakah peluang pekerjaan di Malaysia ini minimum? Sebenarnya secara amnya, peluang pekerjaan di Malaysia adalah baik. Ya kita boleh katakan yang ada individu yang masih tidak mempunyai pekerjaan dan ada juga yang terpaksa bekerja dengan pekerjaan yang bukan dari bidang yang dipelajarnya semasa di institusi pengajian tinggi. Ini benar. Kawasan tempat tinggal yang anda duduk sebenarnya memainkan peranan akan jawatan yang boleh anda dapatkan sesuai dengan kelayakkan anda. Kali ini saya akan berikan sedikit panduan atau Tips Cari Kerja yang boleh membantu anda sedikit sebanyak yang boleh.

Jujur saya katakan yang saya belajar dibidang “elektonik” tetapi tempat tinggal sendiri langsung tiada peluang pekerjaan yang boleh saya pohon kerana persekitaran saya lebih kepada peluang pekerjaan dibidang pembuatan lantai jubin. Jika saya memohon juga kerja di sektor pembuatan jubin, maka gaji yang diterima adalah tidak sama dengan apa yang didapatkan disektor elektronik walaupun status jawatan adalah sama. Jika gaji yang diterima adalah sama maka ianya tidak menjadi isu tetapi jika sebaliknya maka kita perlu membuat pilihan lain.

Tips Cari Kerja Di Malaysia

Tips Cari Kerja Di Malaysia – image credit to http://anarm.net/

3 Tips Cari Kerja Mudah

Persoalan pertama yang patut ditanya kepada diri anda adalah, adakah anda bersedia untuk berhijrah? Jika tidak maka tiada apa yang boleh dilakukan. Jika jawapan YA, maka anda perlu berkorban didalam hal ini. Sesetengah bidang atau jurusan kerja yang berkaitan dengan bidang yang dipelajari oleh anda ditawarkan ditempat tempat tertentu dan berhijah diperlukan untuk itu. Anda yang buat pilihan masa depan anda sendiri.

Tetapi bagaimana jika ditempat anda ada ja peluang pekerjaan untuk anda tetapi anda masih tidak mendapatkannya. Jadi saya akan kongsikan Tips Cari Kerja ini dari pengalaman saya sendiri. Sebelum itu adalah anda sudah mempunyai resume kerja anda sendiri? Kalau belum sila Download Resume Templates melalui link yang saya berikan tadi. Sila download Free Resume Download, dan selepas itu edit dengan maklumat anda. Mudah sahaja kan. Tidak perlu lagi untuk pening dengan format resume. Gunakan sahaja apa yang saya berikan.

Kedua – Zaman sekarang penggunaan internet didalam mencari dan memohon kerja tidak boleh diabaikan. Jika boleh adalah disarankan anda untuk memohon kerja melalui “JobStreet Malaysia“. Carilah peluang pekerjaan dilaman ini dikawasan yang berdekatan dengan anda. Banyak syarikat dan sektor pekerjaan swasta yang menggunakan laman ini untuk mempromosikan peluang pekerjaan di tempat mereka. Saya sendiri telah dipanggil untuk di interview kerja lebih dari 7 kali oleh kerana permohonan saya melalui laman carian kerja ini.

Ketiga – Sila jangan abaikan memohon kerja melalui kaedah konvensional iaitu kaedah biasa. Saya nasihatkan anda untuk menghantar resume kerja anda secara manual di pintu pagar post security syarikat pekerjaan yang anda mahukan. Tahukah anda, sesetengah syarikat kadang kala memerlukan atau hanya inginkan beberapa pekerja sahaja buat waktu itu. Mungkin ada 2-3 kekosongan. Dengan kekosongan yang sedikit dan minimum ini, selalunya pihak syarikat hanya akan mengambil resume kerja terus dari Human resources (HR) mereka sendiri tanpa melalui online. Oleh itu, jika anda ada menghantar resume anda kepada mereka secara manual, ada peluang dan potensi untuk anda dipanggil untuk di interview kerja.

Saya harap 3 Tips Cari Kerja ringkas dari saya ini sedikit sebanyak membantu anda terbuka dengan pilihan pilihan yang anda. Didalam artikel saya ini telah saya berikan dua link untuk anda membaca dengan lebih lanjut kerana ianya berkaitan dan boleh membantu anda. Jika anda ada sebarang persoalan bolehlah dikemukakan soalan anda itu diruangan komen dibawah. Jika saya mampu menjawab saya akan menjawabnya. Sekian dan selamat berjaya dengan kerjaya anda. Bye


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles