Cara beli smartphone murah – Sekarang sudah banyak lambakkan smartphone dari negara China. Dan sekarang anda tidak lagi boleh mengatakan yang produk keluaran dari China tidak bermutu dan tidak berkualiti. Ya memang kebanyakkan barangan dari China kurang berkualiti tetapi ada juga yang dari China yang berkualiti. Sebab itu terdapat beberapa barangan yang dibeli dari China di tentukan dari segi “gred”. Kalau gred bagus, maka baguslah kualitinya walaupun dari China. Sebab itu smartphone dari China juga ada yang bagus dan berkualiti.
Satu soalan kepada anda. Adakah anda setuju dengan saya yang sekarang di Malaysia sudah ramai yang pakai smartphone buatan dari China? Ada Oppo, Huawei, Xiaomi, Lenovo dan juga Vivo. Saya sendiri adalah pemilik kepada Xiaomi Redmi Note 3 Pro. Dan saya sangat berpuas hati dengan smartphone china ini. Jangan tanyakan kualitinya bagaimana, tetapi tanyakan apakah saya sangat berpuas hati dengannya? Jawapannya adalah YA.
Beli Smartphone Murah Berkualiti Jenama China
Orang sekarang sudah bijak membeli. Buat apa beli smartphone mahal mahal tetapi dengan spesifikasi yang hampir sama anda boleh mendapatkan smartphone dengan harga jauh lebih murah buatan China. Untuk pengetahuan anda, smartphone sekarang kebanyakkan menggunakan binaan dalaman “hardware” yang hampir sama sahaja. Anda akan lihat ianya tetap menggunakan processor, graphic, RAM yang hampir sama dari pembekal yang sama. Yang berbeza hanya jenama.
Di bawah ini saya kongsikan beberapa website yang boleh anda lawat untuk beli smartphone murah buatan China yang anda mahukan. Selamat mencuba.
- Lazada Malaysia – [ Smartphone di Lazada ]
- DealExtreme – [ DealExtreme China ]
- AliExpress – [ http://www.aliexpress.com ]
- MeriMobiles – [ http://merimobiles.com ]
- Banggood – [ http://www.banggood.com ]
- Everbuying – [ http://www.everbuying.net ]
- Chinabuye – [ http://www.chinabuye.com ]
- DinoDirect – [ http://www.dinodirect.com ]
Lenovo, Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo adalah jenama smartphone berkualiti yang ada di jual di Malaysia kita. Sebenarnya ada produk buatan China jenama lain yang tidak dijual di Malaysia tetapi memberikan tawaran harga yang jauh lebih murah lagi. Kalau anda ingin beli smartphone murah ini, anda kena beli secara online melalui website smartphone eCommerce yang saya kongsikan di atas ini. Anda survey dan beli. Harap anda suka.
The post Beli Smartphone Murah Dari China Secara Online appeared first on eCommerce Malaysia.