Bila bercakap tentang beli barang murah di internet. Kita memang tidak dapat melawan gergasi website eCommerca dari China. Hanya website online shopping China sahaja yang dapat menawarkan produk pada harga yang jauh lebih murah. Dan kini, mana mana negara pun sudah boleh borong dan beli apa sahaja produk dari China secara online. Anda tidak lagi perlu pergi ke China, melawat gudang kilang mereka untuk mendapatkan barangan murah yang anda inginkan.
Anda pasti pernah mendengar akan Website EzBuy bukan? Dan pada kali ini saya ingin membuat perbandingan ringkas tentang kenapa anda perlu membeli di EzBuy berbanding di Lazada jika anda inginkan penjimatan. Dan untuk pengetahuan anda, Ezbuy Malaysia ini adalah ibarat Taobao di Malaysia. Anda pun tahu yang website Taobao di China adalah sebuah online shopping yang menawarkan harga gudang yang paling murah.
Beli Di Lazada Malaysia Atau Di EzBuy Malaysia
Kalau anda dari Malaysia, saya sarankan anda membeli sahaja di EzBuy. Ini memudahkan anda. Kenapa mudah? Semua tulisan di website EzBuy adalah dalam bahasa english berbanding dalam bahasa cina di Taobao dan harga yang dipaparkan pula adalah dalam nilai Ringgit Malaysia (RM). Jadi dengan paparan dalam nilai ringgit akan membuatkan anda mudah untuk membuat kira kira samada mahu membeli ataupun tidak barangan tersebut.
Saya berminat untuk membeli “Drawing Tablet”. Dan jenama pilihan yang menjadi pilihan adalah dari jenama Wacom. Dan Wacom yang ingin saya beli adalah dari jenis Wacom CTL-471. Dan apabila saya membuat carian berkenaan Wacom CTL-471 di EzBuy Malaysia dan juga Lazada Malaysia, harga yang dipaparkan sangat berbeza. Anda boleh lihat sendiri. Di EzBuy harganya adalah RM211 tetapi di Lazada pula harganya adalah RM399. Kalau saya tanyakan kepada anda, anda mahu beli di mana? Sudah tentu di Ezbuy bukan?

Beli tablet drawing Wacom CTL-471 di Lazada
Kenapa saya mengajak anda membeli di EzBuy? Selamatkah pembelian di sana? Ya, saya sendiri sudah berpengalaman membeli barang di EzBuy. Anda boleh baca artikel saya di sini iaitu – [ Beli Seluar Jeans Murah Di EzBuy ] . Oleh kerana sudah berpengalaman membeli di sana dan mendapat barang yang dibeli. Jadi tiada isu samada boleh percaya ataupun tidak. Kesimpulan, kalau anda mahu membeli barang dari China dengan harga murah di Malaysia, anda boleh mencuba di Ezbuy Malaysia. Selamat membeli belah.
>>> Daftar EzBuy Sekarang Di Sini – [ Click Here ] <<<
![]()
The post Perbandingan Membeli Di Lazada Dengan EzBuy Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.