Memang seronok kalau ada kedai online sendiri. Kalau anda ada bisnes online sendiri seperti menjalankan program dropship. Dan sekarang anda menjalankan bisnes anda itu melalui Facebook Page, Instagram, Whatsapp atau Telegram, adalah lebih baik kalau anda dapat membina web shopping cart Easystore sendiri kalau boleh. Bila ada kedai eCommerce sendiri, agen agen anda dengan mudah boleh melakukan booking dan membuat pembelian. Ini yang kita mahukan. Memudahkan apa yang perlu dimudahkan.
Saya tahu, masih ramai lagi yang suka membuat bayaran secara bank in dan anda pun membuat pengesahan secara manual. Itu tidak salah. Kalau anda selesa, maka teruskanlah. Tetapi jika sudah ada fungsi pembayaran automatik seperti Malaysia payment gateway, kenapa mahu memilih kaedah lama. Pembayaran atutomatik dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan. Tidak perlu untuk membuat pengesahan bayaran secara manual lagi.
Bina Web Shopping Cart Easystore
Saya sendiri sudah bina web shopping cart Easystore beberapa hari lepas. Dan saya suka dengan sistem dan cara menggunakannya. Ianya mudah dan pantas. Seolah olah terasa seperti menggunakan antaramuka (interface) seakan WordPress sahaja. Oleh kerana saya biasa berblogging menggunakan WordPress, jadi ada perasaan yang ianya sedikit seakan sama dan sangat mudah digunakan. Upload dan terus terpapar sahaja produk di muka hadapan kedai online anda.
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda ringkasan untuk langgan dan membeli pakej web shopping cart Easystore. Mari ikuti langkah langkah di bawah ini;
Cara Langgan Pakej eCommerce Store Dari EasyStore
- Pergi ke website Easystore di sini – [ Click Here ]
- Klik sign up dahulu untuk register
- Selepas itu sila ke homepage semula dan klik pada “Pricing” menu di atas
- Pilih pakej yang anda mahukan samada RM39 “Go Basic” atau RM69 “Go Plus”
- Kemudian masukkan nama, email dan maklumat kad debit/kad kredit untuk bayaran
- Kemudian klik pada “purchase” untuk membuat bayaran
- Siap
Maaf, saya tidak tunjukkan langkah langkah untuk bina web shopping cart Easystore ini melalui gambar. Saya hanya tunjukkan gambar admin panel untuk upload produk, apps plugin yang diberikan dan juga contoh sebenar bagaimana saya membina online shop di Facebook store melalui Easystore dengan mudah. Hasilnya seperti gambar di atas. Menarik bukan? Saya juga berharap perkongsian saya ini dapat menarik minat anda untuk melanggan pakej website eCommerce sekarang juga. Selamat mencuba.
The post Panduan Bina Web Shopping Cart Easystore appeared first on eCommerce Malaysia.