Apa yang anda faham tentang borong barang murah. Saya pernah mempunyai seorang kenalan yang suka beli barang dengan harga borong. Apa yang beliau buat? Beli terus dari kilang. Kita memang pernah dengar orang beli terus dari kilang. Tetapi itu adalah pada waktu hari promosi. Bolehkah beli di luar waktu promosi? Yang membuatkan saya tersengih bangga kerana beliau memang beli pakaian anak beliau seperti pampers dan seluar tracksuit terus dari kilang secara pukal banyak. Saya pun tidak sangka yang sebenarnya kita pun boleh beli borong barang murah terus dari kilang. Cuma tidak ramai yang tahu akan caranya.
Perkongsian saya di atas tadi adalah tentang bagaimana anda boleh beli barang dengan harga murah. Salah satu caranya dengan beli terus dari kilang pengeluarnya. Tetapi bagaimana untuk anda beli barang secara borong dan murah untuk barang barang keperluan harian rumah dan sebagainya. Yang mana kita tahu majoriti barang di Malaysia adalah dari China. Anda dapat idea? Sudah tentu anda perlu membeli terus dari China kalau anda mahu borong barang murah.
Di Mana Hendak Borong Barang Murah
Kalau anda seorang peniaga. Mendapatkan produk dan borong barang murah dari pembekal adalah teknik berniaga yang paling bagus. Barulah anda boleh mendapatkan untung dengan maksima. Tetapi saya faham, anda bukan seorang peniaga yang besar dan mempunyai modal yang banyak untuk ke China semata mata untuk membeli barang dalam kuantiti yang tidak begitu besar. Oleh itu, cara mudah untuk borong barang murah China adalah melalui internet dengan membeli secara online sahaja. Ini boleh dilakukan.
Saya akan kongsikan dengan anda beberapa laman web eCommerce merchant dari China yang sesuai untuk anda borong barang murah secara online. Bukan semua website China sesuai untuk borong. Kebanyakkan lain lebih kepada online shopping namun tetap menjual dengan harga lebih murah dari biasa. Jom lihat senarai web China ini di bawah;
- Taobao – Laman web ini paling popular di kalangan orang Malaysia
- TMall – Ramai orang Malaysia tidak tahu tentang laman ini
- 1688 – Ramai orang Malaysia tidak tahu tentang laman ini
- AliExpress – Laman ini antara yang popular bersama sama Taobao
- EzBuy – Anda mahu beli barang murah China tetapi dari website Malaysia, inilah website nya
Mungkin ada yang anda sudah tahu dan mungkin belum. Website eCommerce di atas adalah website online shopping dari China yang popular untuk mereka yang mahu borong barang murah di China melalui internet. Saya sendiri sudah berkali kali membeli barang di Aliexpress dan juga Ezbuy. Kalau anda tidak tahu cara untuk membeli dan borong barang murah seperti di Taobao atau 1688, saya nasihatkan anda dapatkan dahulu panduan borong Taobao dengan klik link di bawah ini. Selamat berbelanja dengan murah dan jimat. Bye
>>> Dapatkan eBook Panduan TaoBao Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Cara Borong Barang Murah Secara Online Dari China appeared first on eCommerce Malaysia.