Ada sesetengah blogger di Malaysia yang buat duit online melalui blog memang menggunakan webhosting luar negara. Secara jujurnya saya sehingga kini masih tidak faham kenapa ada blogger Malaysia mahu menggunakan hosting dari luar negara. Bukan tidak boleh. Cuma saya kurang faham. Kalau anda boleh jelaskan kepada saya, saya memang ingin tahu sangat sangat sebabnya. Ini kerana menurut pandangan saya, penyedia web hosting di Malaysia ada sangat banyak. Malah kos pun lebih murah kerana kita membayar dalam ringgit Malaysia dan bukannya dalam USD dollar.
Saya pernah di ajar cara buat website viral. Dan pengajar menyuruh saya menggunakan hosting dari A2Hosting kerana berpendapat lebih bagus dan “kuat”. Saya tidak faham. Apakah ada perbezaan ketara antara webhosting Malaysia dengan luar negara. Namun saya faham, itu adalah pilihan masing masing. Mungkin anda mempunyai sebab tersendiri untuk menggunakan web hosting luar negara. Tidak lama lagi hari “Black Friday” akan tiba. Banyak syarikat penyedia hosting menawarkan promosi gila gila ketika ini. Anda berminat?
Promosi Black Friday Untuk Web Hosting Luar Negara
Di sebabkan online sales Black Friday ini popular di luar negara terutamanya di negara eropah dan juga Amerika. Maka sudah tentu promosi webhosting ketika black friday ini lebih kepada promosi web hosting luar negara. Dan kalau anda memang sedang mencari web hosting dari luar negara yang menawarkan harga pakej langganan yang murah dan menarik, saya nasihatkan anda melanggan ketika musim black friday ini. Mari kita lihat tawaran yang diberikan iaitu;
Senarai Promosi Web Hosting Luar Negara Sempena Black Friday
- Bluehost – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- A2 Hosting – Saya sendiri pernah menggunakannya. Sangat berpuas hati
- Hostgator – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- DreamHost – Web hosting luar negara antara yang paling popular
- WP Engine – Sangat popular di kalangan blogger yang suka buat duit online
Sebenarnya ada sangat banyak web hosting di luar negara. Tetapi saya hanya menyenaraikan web hosting yang paling popular sekali. Dan yang paling popular inilah yang paling ramai orang pakai dan dipercayai. Saya harap anda suka dengan perkongsian web hosting luar negara dari saya ini dan anda mendapat tawaran pakej harga yang lebih murah ketika deals promosi Black Friday ini. Sekian.
The post Promosi Web Hosting Luar Negara Sempena Black Friday appeared first on eCommerce Malaysia.