Agent Taobao Malaysia – Apabila bercakap tentang hendak beli barang dari China secara online. Anda tidak boleh lari untuk kenal dan tahu dengan beberapa laman eCommerce merchant dari China yang popular seperti Alibaba, Aliexpress dan juga Taobao. Bila orang cakap hendak beli barang murah dari China melalui internet. Inilah 3 website yang bagi saya WAJIB untuk anda tahu. Tidak sah rasanya jika anda membeli belah melalui website China yang lain tetapi 3 website yang saya nyatakan tadi anda tidak tahu atau tidak pernah dengar. Sangat pelik.
Namun, apabila ketiga tidak website online shopping China tadi dibandingkan yang manakah yang menawarkan harga yang paling murah, maka jawapannya adalah Taobao. Malah anda boleh dapatkan dengan harga murah borong dari pembekal China walaupun dengan hanya membeli 1 barang sahaja. TETAPI masalah utama untuk membeli di Taobao adalah faktor bahasa. Website taobao menggunakan bahasa cina dan tiada tetapan “english” untuk website tersebut.
Agent Taobao Malaysia
Jadi sebagai pembeli yang bukan bangsa cina dan tidak tahu membaca tulisan cina, bagaimana untuk anda membeli di Taobao. Pasti susah bukan? Sebab itulah kita memerlukan agent Taobao Malaysia yang boleh membantu kita iaitu pembeli dari Malaysia untuk membelikan barang dari China bagi pihak kita. Cerita mudahnya begini, kita minta tolong kawan cina kita dari Malaysia untuk tolong belikan barang di Taobao. Anda faham bukan?
Apakah ada agent Taobao Malaysia? Ya Ada!. Sebab itu di artikel ini saya akan berkongsikan dengan anda akan beberapa website eCommerce yang menjadi wakil Taobao untuk pembeli dari Malaysia. Mudah cerita, anda membeli barang dari agent Taobao dan mereka akan tolong belikan untuk anda. Akan kena cas sedikit. Tetapi jangan risau, casnya sangat kecil. Website tersebut adalah;
Senarai Website Agent Taobao Malaysia
- EzBuy Malaysia – Saya berpengalaman beli barang di EzBuy. Sebuah website agen taobao terpercaya
- AeroBeans – Website agen taobao yang mengenakan untuk setiap pembelian
- BakaShopping – Website agen taobao yang mengenakan untuk setiap pembelian
- SgShop – Website yang hampir serupa fungsinya dengan EzBuy
- Buy2Taobao – Website yang hampir serupa fungsinya dengan EzBuy
Dari senarai website agent Taobao Malaysia yang saya kongsikan dengan anda di atas ini, yang paling memudahkan urusan adalah dengan menggunakan website eCommerce merchant dari EzBuy Malaysia. Anda terus sahaja membuat pembelian di website berkenaan. Website berkenaan akan tolong belikan barang tersebut dan poskan ke rumah anda. Mudah bukan? Saya sendiri sudah beberapa kali membeli di Ezbuy. Kalau anda tetap mahu beli sendiri di Taobao, dapatkan ebook taobao untuk belajar cara membuat pembelian di Taobao dengan klik link di bawah ini. Selamat mencuba.
>>> Dapatkan Ebook Panduan Taobao Di Sini – [ Click Here ] <<<
![]()
The post Senarai Web eCommerce Agent Taobao Malaysia appeared first on eCommerce Malaysia.