Smartwatch android ini adik saya pernah beli. Antara brand jenama smartwatch yang popular adalah iWatch, Samsung Gear, Pebble dan juga Fitbit. Lain lain jenama smartphone android ada juga mengeluarkan jam tangan pintar mereka. Tetapi hanya 4 jenama ini yang paling popular. Dan trend 2016 menyaksikan popularity smartwatch tidak begitu mendapat perhatian. Jualan agak perlahan. Tetapi kepada yang berminat boleh sahaja mendapatkan jam tangan pintar ini melalui internet. Ada sangat banyak dijual di pasaran secara online.
Berita paling terbaru. Samsung baru sahaja melancarkan smartwatch dari sistem TIZEN iaitu Samsung Gear S3 dan akan memasuki pasaran Malaysia pada Dec 2016. Secara amnya, bateri Samsung Gear S3 adalah 380mAH dan hanya bertahan selama 4 hari sahaja maksimum. Kalau anda kerap menggunakannya, maka semakin pendeklah jangka hayat baterinya. Sebenarnya apakah keperluan untuk menggunakan smartwatch ini?
Smartwatch Android
Secara asas, binaan smartwatch adalah untuk memberikan gaya kehidupan yang lebih ringkas lagi. Kalau sebelum ini anda terpaksa menggunakan smartphone anda untuk apa apa kerja anda. Maka semua itu boleh anda ringkaskan dengan menggunakan smartwatch. Anda boleh menelefon, baca sms, mendengar lagu, bersukan dan lain lain tugasan kecil terus melalui smartwatch anda sahaja. Tidak perlu tugasan ringkas seperti membaca sms melalui smartphone, terus baca melalui smartwatch anda sahaja.
Lagi bagus jika untuk tugasan bersenam. Rasanya anda pasti tidak mahu memberatkan poket anda bukan? Dengan hanya menggunakan smartwatch android misalnya, jarak larian, kelajuan, kalori yang dibakar semuanya boleh anda baca dengan mudah melalui smartwatch android anda itu.
Senarai Smartwatch Yang Perlu Anda Tahu
- iWatch – Kalau anda pentingkan jenama, maka dapatkan Apple smartwatch
- Samsung Gear – Samsung juga ada mengeluarkan smartwatch android
- Pebble – Info terbaru, Fitbit baru sahaja membeli syarikat Pebble smartwatch
- Fitbit – Kalau pasal smartwatch sukan, dapatkan Fitbit
- Garmin – Kalau anda peminat barangan Garmin. Anda boleh beli smartwatch Garmin di sini
- China Brand Smartwatch – Dapatkan smartwatch yang murah dari China di sini
- Smartwatch Murah Malaysia – Di Lazada sangat banyak smartwatch android yang murah
Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa jenama smartwatch samada dari sistem perisian lain, iOS, Tizen ataupun dari smartwatch android. Ada smartwatch yang mahal, tersangat mahal, murah dan terlalu murah. Semuanya mengikut bajet dan kehendak anda mahukan jam tangan pintar yang bagaimana. Dari pengalaman adik saya yang pernah menggunakan Samsung Galaxy Gear memang menarik perhatian saya. Teringin juga suatu hari nanti membelinya. Bagaimana dengan anda?
The post Beli Smartwatch Android Murah appeared first on eCommerce Malaysia.