Saya tidak pasti bagaimana dengan anda. Saya dulu kalau beli laptop, saya akan pastikan harga laptop yang saya beli itu murah tetapi mempunyai spesifikasi yang bagus dan yang paling utama boleh main pc games yang berat berat. Keterlaluan saya bukan? Hendak beli laptop murah, tetapi mahu laptop yang boleh main games grafik bagus bagus. Adakah laptop yang macam itu? Sebenarya, laptop yang murah murah tidak dibina untuk bermain games. TETAPI, dengan spesifikasi yang agak baik, anda tetap boleh main games grafik tinggi dengan setting yang asas atau medium. Saya sendiri pernah mencubanya.
Salah satu laptop yang agak murah yang ada di pasaran Malaysia adalah laptop dari jenama Acer. Jangan pandang rendah terhadap laptop acer. Saya pemilik laptop acer bercakap dari pengalaman sendiri. Kalau anda ada duit, lebih baik anda terus sahaja beli laptop yang agak mahal. Kerana laptop yang mahal memang akan berikan anda spesifikasi yang baik dan sudah tentu boleh main games dengan baik. Tetapi bagaimana dengan anda yang tidak mempunyai bajet yang besar. Bagaimana hendak beli laptop yang murah tetapi mempunyai spek yang baik?
Beli Laptop Murah Di Malaysia Spesifikasi Tinggi Untuk PC Games
Sebelum anda ingin mencari dan beli laptop murah yang bagus dan mempunyai spesifikasi baik. Sila pastikan processor mestilah dalam kategori terkini iaitu Corei3 atau Corei5 atau Corei7. Maaf, saya kurang berpengalaman dalam hal berkaitan processor buatan AMD. Jadi saya tidak pasti yang mana yang terkini dari AMD. Kalau dari processor intel, sila pastikan processor anda dari kategori tersebut. Kalau anda ingin mencari laptop bajet yang boleh main game agak berat, sila pastikan anda melihat kad grafik.
Grafik Laptop Acer Di Atas Boleh Main Games Battlefield 4 Tanpa Masalah
Untuk pengetahuan anda, kad grafik pada laptop kebanyakkan menggunakan chipset kad grafik asas terbina yang lebih kurang sama sahaja. Yang perlu anda buat adalah, sila buka website ini [ Notebook Check ]. Setiap laptop akan memaparkan jenis kad grafik yang digunakan. Anda check kad grafik melalui website yang saya berikan tadi. Mana mana siri kad grafik yang RANKING lebih tinggi, maka anda pilihlah laptop tersebut. Itu kerana kad grafik yang ranking lebih tinggi menunjukkan kemampuan bermain games grafik tinggi yang lebih tinggi dari kad grafik yang lain. Itu caranya bagaimana saya mencari dan beli laptop murah yang boleh bermain games. Klik link di bawah ini untuk membeli laptop murah yang bagus dari jenama Acer.
>>> Beli Laptop Jenama Acer Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Beli Laptop Murah Malaysia Yang Boleh Main Games appeared first on eCommerce In Malaysia.