Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Cara Buat Duit Dengan eCommerce Lazada

$
0
0

Tahukah anda, sudah ramai blogger atau internet marketer dari luar negara yang berjaya buat duit dengan website online shopping Amazon. Memang seronok melihat blogger blogger luar negara menjana beratus ratus atau ribuan USD dollar dengan Amazon sahaja. Tidakkah kita orang Malaysia ada peluang yang sebegitu? Di Malaysia, apakah website eCommerce yang popular untuk orang Malaysia membeli belah secara online?  Nama website tersebut adalah Lazada Malaysia. Anda kenal dengan Lazada? Saya akan kongsikan bagaimana anda boleh buat duit dengan eCommerce Lazada.

Sebenarnya apakah program yang membolehkan blogger atau internet marketer buat duit dengan eCommerce Amazon? Program tersebut kita sebut ianya sebagai “program affiliate”. Jadi kalau anda mahu jana duit income dengan eCommerce Lazada, anda kena tahu, apakah Lazada Malaysia juga ada menjalankan dan menawarkan “program affiliate” juga. Jawapannya “ADA!!!”. Wow, jadi ini menunjukkan anda, blogger Malaysia atau internet marketer Malaysia berpulang menjana pendapatan bersama Lazada. Anda happy?

Jumlah komisen hasil dari affiliate eCommerce Lazada Malaysia

Jumlah komisen hasil dari affiliate eCommerce Lazada Malaysia

Peluang Dapat Komisen Bersama eCommerce Lazada Malaysia

Susah tidak buat duit dengan eCommerce Lazada. Ermm, bagi saya susah atau tidak itu bergantung kepada usaha dan teknik yang anda gunakan. Ada yang buat macam ini, keputusannya begini. Ada yang buat macam itu, keputusannya begitu. Result setiap orang berbeza. Cuma dari pengalaman saya sendiri, awal awal itu kena banyak berusaha dan buat macam macam kerja promosi. Selepas itu, anda sudah boleh rileks sedikit dan menikmati curahan komisen dari Lazada Malaysia setiap hari.

Langkah Langkah Buat Income Pendapatan Bersama eCommerce Lazada

  • Daftar Program Affiliate Lazada Malaysia Di Sini – [ Click Here ]
  • Anda kena ada blog. Tidak kisah samada blog percuma atau berbayar
  • Pilih produk di Lazada Malaysia yang anda rasakan boleh tulis review mengenainya
  • Sila hasilkan artikel review berkenaan produk tersebut di blog anda
  • Selepas siap, sila masukkan “link affiliate” produk dari Lazada tersebut
  • Hasilkan lebih banyak artikel berbeza mengenai produk yang sama
  • Siap. Itu sahaja

Di atas ini adalah langkah langkah yang perlu anda lakukan sekiranya anda benar benar serius mahu buat duit dengan eCommerce Lazada. Alah, mudah cerita begini. Lazada Malaysia adalah website online shopping paling popular di Malaysia. Jadi ramai pengguna internet dan pelanggan Malaysia akan beli belah online di Lazada. Dan dari ramai ramai prospek bakal pembeli itu akan membuat carian review berkenaan sesuatu produk. Jika mereka baca review anda dan membeli dari “link affiliate” anda, maka anda bakal berjaya mendapat komisen iaitu duit dari Lazada. Jadi potensi dan peluang itu ada dan besar. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja anda berusaha ke arah itu. Saya sudah. Bagaimana dengan anda? Jom buat duit dengan eCommerce Lazada.

The post Cara Buat Duit Dengan eCommerce Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles