Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Basikal Murah Dibawah RM1000

$
0
0

Sejak saya berkawan kawan dengan rakan rakan yang kaki “cycling”, baru saya tahu yang aktiviti berbasikal di Malaysia ini sebenarnya subur dan menarik. Kalau kita tidak join, kita memang tidak tahu. Dan apabila dah join, baru tahu ramai juga rakyat Malaysia yang melakukan aktiviti berbasikal untuk kesihatan diri dan juga mengisi masa lapang ketika hari minggu. Saya lihat rakan rakan yang terlibat dengan aktiviti ini sering membuka website yang menjual basikal mtb murah untuk mereka survey jika ada basikal murah atau aksesori basikal yang menarik dengan harga yang rendah.

Dan apabila saya juga turut melihat aktiviti melihat pelbagai promosi tentang basikal di website bersama mereka. Saya dapati yang harga basikal mountain bike tidaklah terlalu murah harganya. Malah rakan saya tadi ini menunjukkan adalah biasa harganya dalam sekitar RM1000 dan ke atas. Ada yang RM1500, RM2500, RM3500, RM5000 atau lebih. Terkejut juga saya mendengarkannya. Jangan terkejut kalau harga sebuah basikal boleh melebihi harga sebuah motosikal. Ada yang dijual RM10K dan ke atas. Namun begitu ramai sebenarnya yang mahukan sebuah basikal murah sahaja sebagai permulaan.

Beli basikal murah bawah RM500 di Lazada Malaysia

Beli basikal murah bawah RM500 di Lazada Malaysia

Beli Basikal Murah Online

Ramai dari anda yang mungkin mula berminat untuk mempunyai hobi berbasikal. Dan sebagai permulaan ini anda mungkin hanya mahu membeli dan mendapatkan sebuah basikal murah sahaja. Dari perkongsian rakan saya, beliau pun dulu hanya beli basikal yang murah sahaja, dan selepas itu naik taraf upgrade sedikit demi sedikit jika ada duit. Dan sehingga kini, wang yang beliau sudah habiskan untuk mencipta basikal mountain bike yang bagus dan berkualiti adalah lebih dari RM10K. Terkejut saya mendengarkannya. Tetapi tidak kisahlah, sebab dari hobi berbasikallah beliau mampu sihat dengan aktiviti itu setiap hujung minggu.

Basikal boleh lipat (folding mountain bike) yang murah

Basikal boleh lipat (folding mountain bike) yang murah

Senarai Website Yang Menjual Basikal Bawah RM1000

  • Lazada Malaysia –  ada sangat banyak basikal mountain bike yang dijual di sini
  • EzBuy Malaysia –  kalau hendak dapatkan MTB murah, sila beli di sini. TERBAIK
  • Amazon – hendak basikal mountain bike yang berkualiti boleh beli di sini
  • Aliexpress – hendak basikal yang murah dari China, boleh cari di sini
Promosi basikal murah yang berkualiti di website eCommerce Amazon

Promosi basikal murah yang berkualiti di website eCommerce Amazon

Jika anda mahu mencari dan beli basikal murah yang dijual di bawah harga RM1000, di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa website yang boleh anda survey untuk mencari dan membeli basikal murah secara online dan membelinya melalui internet. Terpulang kepada anda jika anda mahu beli di kedai basikal. Cumanya dari pengalaman saya, basikal yang dijual di kedai selalunya agak mahal. Dan banyak basikal berharga murah ditawarkan di internet. Apa apa pun itu pilihan anda. Kalau berminat mencari basikal mountain bike murah, anda boleh klik link website di atas ini yang saya kongsikan dengan anda. Selamat berbasikal.

The post Basikal Murah Dibawah RM1000 appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles