Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Cara Menjual Produk Barangan Secara Online Di Malaysia

$
0
0

Apa yang saya perasan, industri pemasaran online di Malaysia di mulakan dengan kaedah blogging. Iaitu mempromosikan produk menggunakan blog atau website. Dan selepas itu, secara tiba tiba ramai yang menggunakan Facebook untuk berniaga online. Dan selepas itu trend ber bisnes online menggunakan Instagram dan sosial media seperti Whatsapp dan juga Telegram. Dan kini melangkah setapak lagi dengan melanggan dan mempunyai eCommerce online store sendiri. Inilah dia proses bagaimana cara menjual produk di internet di kalangan peniaga di Malaysia. 

Sebenarnya eCommerce online store ini sama seperti blog/website. Walau apa pun berlaku, ianya tetap ada di situ. Tetapi sosial media ini berbeza. Ianya berubah mengikut peredaran musim. Mungkin suatu hari nanti mana mana media sosial tidak lagi popular dan bertukar jenama, tutup dan sebagainya. Jadi jalan yang paling selamat adalah dengan mempunyai kedai online. Dan dari kedai online anda itulah menjadi tapak perniagaan online anda. Malah kalau anda mahu mencari agen yang membantu menjual produk anda, tidakkah anda memerlukan kedai online store sebagai tapak anda? Inilah cara menjual produk online yang betul dan selamat.

Teknik cara menjual produk online menggunakan eCommerce dari Shopify

Teknik cara menjual produk online menggunakan eCommerce dari Shopify

Cara Menjual Produk Di Internet

Atas sebab peningkatan permintaan untuk membina online store eCommerce, maka sudah ada penyedia servis eCommerce mula melakkukan promosi dengan menurunkan harga pakej online store mereka. Bayangkan kalau dahulu, pakej bina kedai online pun mesti berharga ratusan ringgit sebulan. Tetapi pada kali ini anda boleh melanggan dan membina kedai online anda serendah RM39 sebulan. Murah bukan? Jadi tiada alasanlah untuk anda mengabaikan dan tidak berminat untuk mempunyai kedai online sendiri pada zaman sekarang.

Gambar sebenar kedai online shopping cart dari Easystore

Gambar sebenar kedai online shopping cart dari Easystore

2 Penyedia Servis eCommerce Store Terbaik Malaysia

  • Shopify – Pakej luar negara yang popular juga di Malaysia
  • Easystore – Pakej dari Malaysia yang popular dengan tawaran murah

Di Malaysia pun sebenarnya sudah mula ramai yang melanggan pakej eCommerce untuk membina kedai online. Semua ini sudah tahu akan kebaikkan dan kelebihan cara menjual produk mereka melalui kedai online. Dan saya kerap juga melihat pertanyaan di Facebook begini iaitu ” apa yang anda akan lakukan sekiranya esok Facebook di tutup”. Pernah anda terfikir akan hal ini? Di atas ini adalah 2 pakej eCommerce yang popular di kalangan peniaga online Malaysia untuk membina kedai eCommerce mereka. Saya harap mulakan hari ini untuk mendapatkan kedai online anda sendiri. Selamat berniaga online.

The post Cara Menjual Produk Barangan Secara Online Di Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles