Apabila hari raya hampir tiba, selain dari membeli bekas makanan, anda juga pasti akan menggunakan bekas kuih raya untuk mengisi kuih dan biskut raya. Kebiasaanya, bekas kuih raya juga disebut sebagai balang kuih raya. Dan bekas balang ini ada yang diperbuat dari plastik dan juga kaca. Ada yang bekasnya satu persatu dan ada yang terus menjadi satu set dan sebagainya. Dan keluarga saya sendiri apabila tiba hari raya, bekas balang kuih raya inilah satu benda yang selalu dibeli untuk mengisi kuih raya.
Tetapi ada satu masalah yang saya selalu hadapi jika mahu membeli dan mencari bekas kuih raya di kedai yang menjual barangan plastik dan kaca dan peralatan dapur rumah. Iaitu masalah kurangnya pilihan dan juga faktor harga yang selalunya agak mahal. Kadang kadang sudah jumpa balang kuih raya yang cantik dan berkenan di hati, harganya pula agak mahal. Yang berharga murah pula kadang kala rekaan designnya pula nampak terlalu biasa biasa. Kadang kala di waktu hari raya itulah kita mahu tampilkan sesuatu yang istimewa.
Beli Bekas Kuih Raya Dan Balang Kuih Raya Online
Jadi bagaimana untuk mencari balang kuih raya yang cantik, menarik dengan harga tidak terlalu mahal atau murah? Caranya dengan membuat carian windows shopping di website online shopping. Ada sangat banyak pilihan yang boleh anda cari. Secara peribadi, setelah carian dibuat di internet, sebenarnya tidak banyak bekas untuk kuih raya boleh dijumpai. Kebanyak hanya bekas biasa dan kurang sesuai untuk kuih raya di Malaysia.
Website Yang Menjual Food Storage Untuk Makanan Kering
- Lazada – Agak kurang bekas kuih raya dijual di sini
- Amazon – Banyak bekas makanan yang berkualiti di sini
- Aliexpress – Ada sangat banyak bekas bekas kuih yang cantik
Dari apa yang saya faham, mungkin masih lagi kurang peniaga yang menjual balang kuih raya di internet di Malaysia ini. Bekas kuih raya itu ada dijual, cuma masih sangat kurang yang cuba menjualnya secara online. Tidak mengapa, industri online shopping di Malaysia masih baru dan sedang meningkat naik. Dan saya pasti, selepas ini akan ada lebih banyak peniaga yang mempromosikan produk mereka secara online dan sudah tentu akan mula banyak bekas kuih raya yang akan dijual di internet dan mudah pula untuk anda beli bekas kuih raya yang cantik cantik untuk anda gunakan ketika hari raya. Apa apa pun selamat hari raya.
The post Beli Bekas Kuih Raya Yang Cantik Dan Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.