Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Beli Motosikal Dengan Cara Ansuran Hutang

$
0
0

Beli Motosikal - Aku pasti ramai diantara kita yang membeli motosikal dengan cara ansuran kan. Lagi lagi yang pertama kali masuk universiti ataupun yang baru pertama kali memiliki motosikal. Aku sendiri pernah beberapa kali membeli motosikal diantaranya Honda Wave 100, Yamaha Lagenda 110z, Yamaha Nouvo s dan yang terbaru Yamaha 135LC. Dan kesemuanya aku miliki dan pakai dengan cara berhutang. Cumanya motosikal Yamaha Nouvo S aku berhutang dengan kaedah singkat dan pantas iaitu tidak sampai setahun.

Sejak mula bekerja, motosikal Yamaha Nouvo lah aku beli dengan duit sendiri dan aku membeli dengan cara ansuran hutang motosikal iaitu selama setahun. Setelah aku bekerja dan berkawan dengan ramai orang. Aku sedar yang berhutang ni kalau boleh kita minimumkan tahunan jangka masa hutang kita. Aku dulu fikir, kalau lagi lama hutang lagi baik sebab lagi sedikit bulanan yang harus dibayar. Tahniah buat kawan sekerja aku yang membuat aku tersedar. Kata beliau buat apa hutang lama lama, lagi lama lagi rugi sebab kita menanggung beban interest yang begitu banyak.

Beli Motosikal

Beli Motosikal

Ansuran Hutang Motosikal

Aku tersentak masa itu. Bila dibuat kalkulation baru aku sedar. Sebenarnya kedai mengambil untung dari riba/bunga/interest yang dikenakan terhadap jumlah hutang tersebut. Aku tidak mahu menceritakan akan hutang pinjaman kereta. Apa yang aku nak ceritakan adalah berkenaan ansuran hutang motosikal. Aku baru baru ini cuba membeli motosikal yamaha nouvo s second hand. Jom kita nilaikan jumlah interest/bunga/riba yang dikenakan terhadap pembeli motosikal secara hutang.

Mari kita lihat didalam fenomena sebenar iaitu pengalaman aku sendiri. Aku cuba membeli motosikal yamaha nouvo s dengan cara hutang. Mengikut penjual motosikal tersebut, motosikal tersebut boleh dibeli dengan cara “CASH” termasuk insurans dan sebagainya dan hanya berjumlah RM3100. So secara asasnya pembelian cash dan tanpa dikenakan apa apa lagi charge tambahan aku hanya perlu membayar RM3100 sahaja untuk pembelian secara tunai.

Disebabkan aku memilih secara ansuran hutang motosikal. Aku bercadang untuk memberikan wang pendahuluan sebanyak RM2100. Dan ini akan menyebabkan aku hanya berhutang RM1000 sahaja kepada kedai. Tetapi kita sedia maklum walaupun kita berhutang RM1000 tetapi kita membeli motosikal secara hutang ansuran. Maka tentulah hutang RM1000 ini tadi akan meningkat seiring dengan jumlah interest yang dikenakan. Berapakah interest yang dikenakan?

beli motosikal secara hutang

Pada asasnya aku hanya berhutang lagi RM1000 kepada kedai motosikal. Oleh kerana aku meminta untuk melangsaikan baki RM1000 didalam tempoh setahun. Bila dikira, didarab, dibahagi dan sebagainya, bayaran bulanan yang perlu aku bayar setiap bulan telah menjadi RM156. Dengan kata lain selepas setahun, jumlah total bayaran ansuran hutang motosikal menjadi (RM156 sebulan x 12 bulan = RM1872).

Wow! Harga motor RM3100. Aku membayar downpayment sebanyak RM2100. Baki hutang RM1000 lagi dibuat secara bayaran ansuran selama setahun iaitu RM156 sebulan. RM156 sebulan ini jikalau berjaya dilangsai dalam setahun menyebabkan aku membayar sebanyak RM1872.

Dengan kata lain, di-DALAM SETAHUN, kedai motosikal mendapat hasil sebanyak RM1872-RM1000=RM872

Dengan kata lain juga, Hutang asas adalah RM1000 sahaja tetapi aku terpaksa membayar RM872 tambahan

Soalan aku adalah BERAPAKAH NILAI SEBENAR INTEREST/RIBA YANG DIKENAKAN? SANGAT BESAR?

Bila fikir balik sebenarnya aku sangat sangat lah rugi. Aku telah pun membayar dan mengikat perjanjian jual beli. Kan lebih baik kalau aku mem-beli motosikal dengan kaedah cash/tunai kerana aku telahpun membayar downpayment dengan tinggi. Kepada kawan kawan, saya nasihatkan samada membeli motosikal ataupun kenderaan adalah sebaiknya anda mengamalkan sikap berhutang dengan pendek. Ini kerana ianya mampu mengurangkan jumlah interest yang dikenakan terhadap pengguna.

Amalkan sikap membeli dengan cash tunai untuk perkara perkara yang murah dan mudah. Janganlah hanya kerana product RM200-RM300 pun kita mahu berhutang. Lebih baik beli dengan tunai. Ini mendidik diri kita belajar menyimpan dan memdidik generasi akan datang dengan sifat tidak berhutang. Hutang itu memberatkan kita. Lihatlah contoh diatas. Adakah anda pernah mempunyai pengalaman mem-beli motosikal secara hutang?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles