Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Website Buku Online Malaysia Untuk Membeli Buku Di Internet

$
0
0

Minat membaca di kalangan rakyat Malaysia memang kurang. Tetapi tetap ada penggemarnya. Tetapi ada ulat buku yang suka membeli buku. Saya sendiri sebenarnya suka untuk singgah ke kedai buku, membelek buku dan kemudiannya membeli buku tersebut jika tajuk buku tersebut menarik minat saya. Sudah sudah membeli lebih dari 15 buah buku di kedai buku. Dan kini, saya beralih membeli buku melalui website buku online Malaysia. Ianya tidaklah seseronok singgah di kedai sebenar. Tetapi ianya memudahkan dan tidak memenatkan saya. Itulah kelebihannya.

Saya pasti, sebagai seorang yang minat membaca buku sebenar dan bukannya buku digital. Anda pasti berminat untuk membeli buku fizikal secara online di internet betul? Saya juga begitu. Sejak sudah berkali kali membeli buku melalui internet, saya jadi terus suka membeli buku melalui website buku online. Dan sepanjang pengalaman saya membeli buku fizikal secara online, boleh dikatakan tiada pengalaman buruk. Buku sampai dengan baik dan elok. Siap dibungkus lagi dengan bubble wrap agar tidak basah. Terbaik.

Laman website buku online melayu yang terpopular dan terbesar di Malaysia

Laman website buku online melayu yang terpopular dan terbesar di Malaysia

Website Buku Online Malaysia

Apakah kelebihan jika anda membeli buku melalui website buku online? Selain dari kerana mudah, tidak membuang masa dan tidak memenatkan. Satu perkara yang saya sangat suka adalah promosi diskaun yang diberikan. Kalau di kedai buku agak susah. Anda kena pergi kedai buku baru tahu samada ada promosi diskaun atau tidak. Sedangkan di kedai buku online pula, anda buka website terus terpapar samada ada promosi diskaun atau tidak. Jangan tidak percaya, saya pernah membeli buku denga harga diskaun untuk bayaran RM1 untuk sebuah buku. Murah bukan?

eCommerce bookstore terpercaya dari website buku online Lazada Malaysia

eCommerce bookstore terpercaya dari website buku online Lazada Malaysia

Website Yang Menjual Buku Malaysia Secara Online

  • BookCafe – sebuah website portal buku terbaik dan terbesar di Malaysia
  • Lazada  – ada sangat banyak koleksi buku pelbagai genre kategori di Malaysia

Membeli buku fikizal di website buku online Malaysia memang lebih murah. Ini kerana kos operasi dapat dikurangkan seperti kos sewa kedai. Jadi dapatlah kedai buku online menawarkan harga jualan buku fizikal sebenar dengan sedikit lebih murah dari apa yang dijual di kedai buku biasa. Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa laman website kedai buku online dari Malaysia untuk anda mencari buku idaman dan pilihan hati anda. Selamat membaca buku.

The post Website Buku Online Malaysia Untuk Membeli Buku Di Internet appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles