Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Cara Memilih Laptop Gaming Murah Yang Bagus

$
0
0

Kalau anda tanyakan antara komputer atau laptop, yang mana lebih sesuai dan bagus untuk bermain games. Sudah tentu jawapannya adalah komputer. Tetapi apakah laptop tidak sesuai bermain games? Bukan tidak sesuai, cuma kurang berkuasa berbanding komputer yang boleh di naik taraf (upgrade) dari segi ram, kad grafik, cpu dan sebagainya. Sedangkan laptop hanya boleh upgrade ram sahaja. Kalau anda benar benar mahu bermain games di laptop, mahu tidak mahu anda kena keluarkan bajet yang sedikit tinggi untuk membeli dan mendapatkan laptop dari jenis gaming. Anda mahu. Yang murah ada tidak? Anda mahu laptop gaming murah pun ada. 

Sama seperti komputer, anda mahukan sebuah komputer yang berkuasa, anda memang perlu keluarkan bajet wang yang tinggi. Laptop juga begitu. Tetapi saya tahu, bukan semua orang hardcore gamer. Asalkan boleh bermain game pun sudah memadai. Asalkan anda boleh bermain game yang terbaru (latest) dengan setting rendah atau medium pun sudah mencukupi. Adakah anda dalam kategori ini? Jika ya, anda memang boleh mendapatkan laptop gaming murah yang sesuai untuk anda.

Beli laptop gaming murah online yang bagus di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli laptop gaming murah online yang bagus di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli Laptop Gaming Murah Secara Online

TETAPI, saya mahukan anda membeli dan mendapatkan laptop gaming murah yang bernilai dengan wang anda. Maksud saya begini. Kalau bajet gaming laptop yang anda mahukan itu adalah dalam lingkungan RM3500 dan ke bawah. Sila susun ke semua jenama laptop dalam kategori harga yang sama. Dan kemudian sila pastikan pemproses (CPU), kad grafik (GPU) dan juga ram dari laptop mana yang memberikan spesifikasi yang lebih tinggi. Jika anda dapati laptop tersebut berikan spesifikasi lebih tinggi dari laptop lain dalam kategori harga jualan yang sama, sila ambil, pilih dan beli laptop gaming murah tersebut.

Dapatkan laptop gaming murah berkualiti di internet melalui website eCommerce Amazon

Dapatkan laptop gaming murah berkualiti di internet melalui website eCommerce Amazon

Website Yang Menjual Gaming Laptop

  • Lazada – ada sangat banyak pilihan laptop jenis gaming di sini
  • Amazon – anda juga boleh beli laptop gaming dari luar negara di sini

Itulah caranya bagaimana anda boleh membeli laptop gaming murah, mendapatkan spesifikasi yang lebih tinggi pada nilai harga yang sama. Janganlah anda pilih jenama dan reka bentuk semata mata. Kalau itu yang anda lihat, terpulang kepada anda. Kalau anda mahukan spesifikasi laptop yang lebih berkuasa, maka 3 perkara itulah yang perlu anda lihat dahulu selepas menyusun ke semua laptop dalam kategori yang sama harganya supaya pencarian dan pembelian laptop gaming murah anda itu berbaloi. Selamat mencuba.

The post Cara Memilih Laptop Gaming Murah Yang Bagus appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles