Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Pengalaman Beli Bateri Samsung Smartphone di Lazada

$
0
0

Sudah 2 tahun rasanya saya memakai smartphone dari jenis Samsung Galaxy S4. Dan baru sekali saya menukar bateri yang baru. Dan semalam saya terpaksa beli bateri samsung s4 yang baru sekali lagi kerana dalam 1 minggu ini bateri yang ada sudah terlalu menyusahkan kehidupan harian saya kerana terlalu cepat sangat habis bateri. Bayangkan datang kerja pagi dengan bateri penuh, dan pada pukul 11 tengah hari bateri sudah dibawah paras 10%. Sedangkan saya langsung tidak menggunakannya.

Dan yang paling teruk sejak 5 hari ini adalah, jika bateri dalam keadaan di bawah 40%, ianya akan automatik terus habis 100% dan handphone akan terus mati. Jika ingin hidupkan kembali, ianya menunjukkan keadaan bateri yang 0%. Bila buka dan check bateri, ianya sudah kembung dan perlu ditukar. Saya beli bateri samsung s4 yang baru original di kedai dengan harga RM60. Lepas diganti dengan bateri samsung s4 yang baru, ianya kembali elok seperti biasa. Nasib baik ok.

Beli bateri samsung di kedai aksesori handphone

Beli bateri samsung di kedai aksesori handphone

Beli Bateri Samsung Murah Secara Online

Dari pengalaman pakai smartphone ini, saya dapati bateri handphone memang akan kembang dan itu bermakna kapasiti simpanan tenaga menjadi semakin kurang dan cas tenaga untuk kegunaan harian akan menjadi cepat habis. Ini kerana pengeluar smartphone sehingga masih belum berjaya membina bateri yang boleh menyimpan tenaga yang besar dalam keadaan smartphone itu sendiri tipis dan kecil.

Di tambah pula kebanyakkan smartphone akan menggunakan tenaga cas bateri paling lama 1 atau 2 hari sahaja masa bertahan. Dengan kata lain bateri smartphone akan terlalu kerap dipaksa untuk di cas. Perbuatan ini menyebabkan pendeknya hayat masa bertahan beteri. Nasihat untuk bateri kekal lama yang boleh diberikan adalah sila cas bateri ketika kuasa bateri hampir sedikit dan sila tanggalkan pengecas bateri ketika ianya sudah penuh. Jangan biarkan ianya dicas sepanjang malam ketika anda tidur. Tidak bagus untuk jangka hayat bateri itu sendiri.

Beli bateri samsung s4 online di website eCommerce Lazada Malaysia

Beli bateri samsung s4 online di website eCommerce Lazada Malaysia

Seperti yang saya katakan kepada anda tadi. Saya beli bateri samsung s4 di kedai dengan harga RM60. Tetapi hasil semakan saya di Lazada Malaysia, nampaknya bateri samsung S4 rata ratanya dijual dengan harga RM50 ke bawah. Kalau hendak cepat, anda boleh beli di kedai, kalau hendak murah, anda boleh beli di Lazada yang memang terkenal dengan jualan produk dengan harga jauh lebih murah dari pasaran. Selamat membeli bateri smartphone baru.


>>> Beli Bateri Smartphone Samsung Di Sini – [ Click Here ] <<<

The post Pengalaman Beli Bateri Samsung Smartphone di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles