Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Pengalaman Membeli Drawing Tablet Murah Di Aliexpress

$
0
0

Begini kisahnya, pada sebulan lebih yang lalu, rakan saya ada meminta saya tolong beliau membeli barang di AliExpress. Saya tanyakan dahulu apa sebabnya beliau mahu saya tolong belikan untuk beliau. Dan rupanya barang drawing tablet yang beliau hendak beli itu pada awalnya ada di Lazada Malaysia. Tetapi entah kenapa, debit kad CIMB bank beliau asyik decline mengatakan tidak berjaya padahal ada duit. Dan beliau beralih pula kepada Aliexpress. Dan itu adalah pembelian pertama kali beliau dan meminta saya bantu beliau.

Setelah cuba membeli graphic drawing tablet di Aliexpress menggunakan kad debit yang sama, ianya tetap gagal. Maka di sini kesimpulan yang dapat dibuat adalah masalah pembayaran ditolak adalah kerana kad debit tersebut dan bukan kerana website Lazada mahupun Aliexpress. Dan masalah tersebut beliau tolak tepi dahulu. Beliau mahu saya tolong beliau beli di Aliexpress menggunakan kad kredit. Dan mahu melihat sendiri apakah mudah dan berjaya membeli di Aliexpress.

Parblo A610 Graphic Drawing Tablet

Parblo A610 Graphic Drawing Tablet

Beli Graphic Drawing Tablet Murah Online

Oleh kerana saya sudah biasa membeli di Aliexpress, maka saya pun membantu beliau. Produk drawing tablet yang beliau mahu beli adalah “Parblo A610 Drawing Graphic Tablet” iaitu sebuah tablet perkakasan elektronik yang bertujuan untuk melukis gambar grafik dengan menggunakan kad kredit saya. Saya pun tidak tahu kenapa kad debit CIMB saya pun gagal untuk membuat pembelian di AliExpress. Rasanya hendak kena tanya kepada bank CIMB. Anda ada jawapan? Boleh kongsikan dengan saya akan isu ini.

Macam biasa, kalau anda membeli di China secara online dan menggunakan perkhidmatan pos percuma china, ianya mengambil masa 20-30 hari untuk barang tersebut sampai ke Malaysia. Dan apabila sampai di Malaysia pula, pihak yang menguruskan penghantaran kepada kita adalah Pos Laju. Dan ini adalah kali pertama barang yang dibeli di tahan di Kastam. Rakan bertanya kepada saya tentang isu ini, dan saya sendiri tidak dapat menjawabnya kerana saya pun tidak pernah kena tahan barang di kastam.

Barang dari China AliExpress kena tahan di kastam

Barang dari China AliExpress kena tahan di kastam

Website Untuk Beli Tablet Untuk Melukis Gambar

  • Lazada – ada sangat banyak tablet melukis yang murah di sini
  • Ezbuy – tablet graphic drawing yang mudah ada di sini
  • Amazon – dapatkan drawing tablet berkualiti di sini
  • Aliexpress – anda boleh dapatkan drawing tablet dari China di sini

Saya katakan kepada beliau yang beliau pergi sahaja ke Pejabat Pos dan bertanya. Dan selepas itu pergi ke Kastam yang diberitahu oleh pejabat pos. Dan hasil dari “pengalaman” itu nanti akan dikongsikan kepada saya. Mana tahu mungkin suatu hari nanti saya pula kena. Dan ya, rakan saya berjaya mengambil barang beliau di pejabat kastam. Tidak dikenakan cukai apa apa. Pegawai kastam hanya meminta beliau buka bungkusan untuk melihat barang di dalamnya. Setelah berpuas hati barulah boleh di ambil bawa pulang. Begitu ceritanya. Jadi tiada apa yang perlu bimbang. Jom beli barang online di Aliexpress.

The post Pengalaman Membeli Drawing Tablet Murah Di Aliexpress appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles