Sejak berlakunya revolusi kamera digital dan perkembangan smartphone secara meluas. Industri gambar filem menurun dan sudah tidak ramai yang ingin buat album gambar sendiri iaitu buku foto untuk mengabadikan kenangan yang terindah. Ramai memilih untuk menyimpan sahaja gambar yang di tangkap di dalam simpanan memory card untuk ditonton terus melalui smartphone atau komputer. Walaupun anda mempunyai kamera digital atau smartphone tidak bermakna anda tidak boleh membuat album buku gambar.
Tahukah anda, gambar yang anda tangkap merupakan media digital sebenarnya boleh anda jadikan dan abadikan pada album gambar dan bentuk album/buku fizikal sebenar. Memang sekarang tidak banyak kedai yang boleh anda pergi untuk membuat album gambar yang anda mahukan. Anda sebenarnya boleh membuat album gambar secara online. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan menghasilkan dan buat album gambar sendiri dengan pelbagai template yang menarik.
Buat Album Gambar Sendiri Secara Online
Buku foto yang dihasilkan secara online adalah dalam bentuk buku berkulit keras dan sebagainya. Ianya akan di hantar ke rumah anda apabila siap. Sebenarnya apa yang menarik jika anda membuat album gambar secara online ini? Buku album foto sekarang boleh dibuat dalam secara online. Dengan kata lain anda buat menggunakan komputer. Ada software edit gambar berserta template yang banyak. Anda boleh hasilkan album anda dengan design yang menarik.
Susah untuk saya cerita. Apa kata anda lihat sendiri contoh album gambar di atas ini. Ianya tidak sama dengan album foto kita pada zaman dulu dulu yang hanya di isi dengan gambar semata mata. Zaman kini kita boleh design dan buat album gambar sendiri mengikut citarasa dan kreativiti yang kita mahukan. Menarik bukan?
Website Untuk Membina Gambar Kenangan Di Internet
- PhotoBook – anda ingin buat album gambar apa sahaja boleh di sini
- Pixajoy – inginkan tempat album gambar yang cantik ada di sini
Ada 2 website yang yang membolehkan anda buat album gambar sendiri secara online di Malaysia ini. Anda boleh lawati kedua dua laman website ini dan melihat sendiri website kedai foto gambar online mana yang lebih anda sukai. Kemudian pilih jenis album gambar yang anda mahukan. Dan selepas itu anda boleh mula men-design sendiri berdasarkan template design yang disediakan sehingga anda berpuas hati dengan album anda. Anda buat bayaran dan tunggu album gambar anda sampai di rumah anda. Kongsikan kegembiraan melihat gambar gambar kenangan bersama keluarga anda. Mari lawati website photo book dengan klik pada link di atas ini. Selamat bergembira.
The post Cara Buat Album Gambar Sendiri Di Internet appeared first on eCommerce In Malaysia.