Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Pengalaman Membeli Mesin Basuh Automatik Jenama Panasonic

$
0
0

Beberapa hari lepas saya ada mengunjungi kedai yang menjual barangan peralatan elektrik. Saya menemani isteri untuk membeli sebuah mesin basuh automatik yang baharu. Sebelum ini saya hanya menggunakan mesin basuh semi auto sahaja ketika masih bujang. Dan setelah berkahwin, kami bercadang untuk menukar kepada mesin basuh yang baru iaitu mesin basuh jenis automatik untuk memudahkan isteri saya membasuh pakaian. Melihat kepada saiz ruang tempat letak mesin basuh di rumah yang kecil dan juga keadaan kami yang masih baru berkahwin, saya mencadangkan kepada isteri untuk memilih dan membeli mesin basuh auto yang mempunyai kapasiti liter/kg yang kecil sahaja. Cukup buat masa ini.

Mesin basuh automatik yang saya pilih adalah dari jenama Panasonic yang kapasiti ruang membasuh sebesar 7.5KG. Saya sudah lihat harga mesin basuh auto jenama Panasonic yang saya beli di kedai dengan apa yang dijual di Lazada Malaysia adalah lebih kurang sama sahaja. Kalau anda ada masa, anda boleh singgah dan melakukan survey di kedai. Dan kalau tiada masa, saya lebih sarankan anda untuk membeli mesin basuh secara online sahaja melaui website online shopping di internet. Tidak perlu membuang banyak masa dan berpenat penat.

Cara memilih jenama dan membeli mesin basuh automatik murah yang berkualiti tahan lama

Cara memilih jenama dan membeli mesin basuh automatik murah yang berkualiti tahan lama

Beli Mesin Basuh Automatik Brand Panasonic

Kenapa saya sendiri tidak membeli mesin basuh automatik di Lazada? Ini kerana isteri saya tidak mempunyai pengalaman membeli belah secara online. Jadi saya terpaksa menemani beliau untuk ke kedai yang menjual produk peralatan elektrik untuk rumah untuk beliau berasa puas memilih barangan yang beliau mahukan. Kalau ikut saya, saya lebih selesa membeli melalui internet sahaja. Anda tidak percaya? Taip sahaja “pengalaman” di ruang carian di blog ini, anda akan menemui banyak artikel tentang pengalaman saya membeli di website eCommerce Lazada untuk pelbagai barangan.

Beli mesin basuh auto yang murah di website ecommerce Lazada Malaysia

Beli mesin basuh auto yang murah di website ecommerce Lazada Malaysia

Website Yang Menjual Automatic Washing Machine

  • Lazada – menjual sangat banyak mesin basuh samada semi auto atau fully auto
  • Ezbuy – kalau anda hendak dapatkan mesin basuh dari China, sila beli di sini
  • Amazon – anda mahukan mesin basuh auto berjenama dan berkualiti ada di sini

Gambar pertama di atas adalah gambar sebenar sebuah mesin basuh automatik yang saya beli. Dan gambar kedua di atas ini adalah gambar beberapa mesin basuh jenis fully auto yang dijual secara online dengan kadar harga yang murah. Sekarang sudah zaman internet eCommerce. Kalau anda pandai berbelanja online, lebih baik anda beli mesin basuh secara online sahaja. Untuk tips tambahan, sebagai pembeli mesin basuh jenis automatik, anda kena pastikan kepala paip di rumah anda yang akan digunakan untuk mengisi air ke dalam mesin basuh nanti adalah dari jenis kepala paip KHAS yang sesuai untuk digandingkan dengan hos paip air dari mesin basuh automatik anda nanti. Sila buat persediaan itu dahulu ok. Selamat membasuh pakaian.

The post Pengalaman Membeli Mesin Basuh Automatik Jenama Panasonic appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles