Adakah sukar mempelajari bahasa inggeris? Anda langsung tidak tahu apa apa tentang bahasa english? Jawapan ringkas bagi pendapat saya tentang keadaan anda yang ZERO tentang english adalah dengan menguasai dahulu maksud maksud perkataan asas yang menjadi tunjang di dalam percakapan. Mahu tidak mahu, untuk belajar bahasa english memang itu yang di perlukan dahulu. Bukan bahasa english sahaja. Apa apa sahaja bahasa di dunia anda kena mula menguasai sebutan perkataan dahulu. Contoh kalau dalam bahasa Malaysia kita sebut “PERGI” dan dalam bahasa english anda kena sebut “GO”. Ini adalah asas dalam menguasai mana mana bahasa.
Anda tidak perlu pun untuk menghafal KESEMUA perkataan. Kalau anda mampu silakan. Untuk permulaan biarlah anda menguasai perkataan yang selalu di gunakan seperti How, Which, When, What, Where, Go, Eat, Play, Enter, Exit, Hot, Cold, Up, Down, Left, Right, Must, More, Little, Big, Tiny, Small, Day, Night, Sleep, Wake Up dan sebagainya. Cara yang paling mudah untuk belajar bahasa english bagi peringkat awal pemula adalah anda perlu ada kamus (dictionary) dan juga sebuah buku cerita santai ( english story book ).
Beli Buku Belajar Bahasa English Online
Saya sendiri melalui fasa ini. Beli buku cerita bahasa english dan baca. Ini kerana (BUKU CERITA) penggunaan bahasa english adalah dalam bentuk mudah dan santai. Apabila jumpa sahaja perkataan yang tidak faham, tandakan dengan warna, buka kamus dan tuliskan maksud perkataan diatas perkataan yang anda tidak faham. Lagi lama anda berbuat demikian lagi anda akan berasa teruja kerana anda mula faham apa yang di ceritakan dalam buku cerita bahasa english. Ini cara saya belajar bahasa english masa dulu.
Apabila anda sudah menguasai banyak perkataan. Anda akan sampai pada tahap yang lain pula iaitu menguasai cara bagaimana bahasa english itu ditulis. Anda pasti perasan perkataan seperti ini.
- Ali was sicked yesterday – Past Tense – Kenapa perkataan SICK perlu menjadi SICKED?
- Ali was playing with his friend – Present Tense – Kenapa perkataan PLAY perlu menjadi PLAYING?
- Ali is a good boy – Kenapa perlu menggunakan IS? Kenapa tidak WAS?
- Ali will help his mother – Future Tense – Kenapa perlu menggunakan WILL?
- Ali takes …. – Kenapa TAKE menjadi TAKES?
- They take ….. – Kenapa TAKE tetap menjadi TAKE?
Ada banyak lagi perkataan perkataan yang sama maksudnya tetapi memerlukan anda menggunakan perkataan yang mempunyai ejaan yang berlainan. Kenapa begitu? Inilah uniknya bahasa english. Dengan perbezaan yang berbeza inilah yang akan menentukan maksud suatu perkataan itu. ‘HIM’ bermaksud lelaki dan ‘HER’ bermaksud wanita. Dari perkataan berbeza itulah kita akan terus memahami samada ianya sedang menceritakan perkara sekarang, telah lalu atau akan datang. Saya rasa, di bahagian inilah yang ramai gagal untuk menguasainya. Saya pasti anda juga begitu bukan?
Website Yang Menjual Buku English Itu Mudah
- Lazada – anda boleh dapatkan buku english itu mudah di sini
- BukuOnline2u – kalau di Lazada tiada stok, dapatkan di sini
Oleh itu saya ingin memperkenalkan kepada anda akan sebuah buku fizikal iaitu buku sebenar tentang cara Belajar Bahasa English dengan mudah melalui tunjuk ajar dalam bahasa melayu. Ingat! Antara kelebihan buku ini adalah anda akan diajar tentang bahasa english dalam bahasa melayu. Sudah tentu ianya pasti akan memudahkan anda untuk faham. Ini kerana penulis buku ini adalah seperti anda dan saya iaitu berbangsa melayu. Ianya akan memberikan anda penyampaian yang santai dan yang paling penting anda faham apa yang mahu di sampaikan. Jika anda berminat, sila klik link di atas ini untuk maklumat lanjut dan mendapatkan buku Belajar Bahasa English ini. Selamat menjadi pandai.
The post Buku Belajar Bahasa English Dalam Bahasa Melayu appeared first on eCommerce In Malaysia.