Sebenarnya ada banyak juga promosi kedai jualan tudung yang saya promosi di dalam blog ini. Dan saya pasti ramai yang mungkin akan keliru dan pening hendak membeli di mana. Jadi di dalam artikel kali ini saya akan senaraikan ke semua kedai online yang ada menjual tudung, shawl, hijab dan sebagainya bagi memudahkan anda untuk melakukan survey terhadap tudung yang anda minati. Saya tidak senaraikan ke semua yang ada di internet melainkan apa yang pernah saya iklan di dalam blog ini sahaja.
Dari pandangan saya secara peribadi, sebenarnya ada sangat banyak kedai jualan tudung online yang menawarkan pelbagai jenis tudung yang cantik cantik untuk muslimah. Ada yang memberikan corak yang segar, baru dengan harga yang berpatutan. Ada yang bermatlamatkan hanya menjual tudung sahaja bagi memberikan pembeli untuk merasakan yang mereka memang serius mahu menjadi lubuk pengedar atau pemborong tudung yang terbesar di Malaysia.
Website Kedai Jualan Tudung Online Malaysia
Pasaran jualan tudung di Malaysia boleh di katakan besar. Lagi lagi dengan perkembangan internet dan media sosial yang baik. Sebab itulah saya katakan tadi, kalau hendak saya senaraikan penjual tudung di kedai jualan tudung online di Malaysia ini memang tidak mampu saya senaraikan. Ada sangat banyak. Semuanya bukan menjual dari orang lain. Tetapi memang menjual dari butik rekaan sendiri. Tahniah buat peniaga sebegini. Anda seorang bisnesman/bisneswomen.
Baiklah di bawah ini saya senaraikan beberapa kedai jualan tudung online yang patut anda tahu dan anda boleh cuba lawati kedai berkenaan dengan klik link di setiap nama produk yang saya kenalkan ini di bawah ini.
Website Kedai Tudung Online
- Tudung2u – website ini adalah lubuk kepada pelbagai jenama tudung wanita
- FashionValet – ada sangat banyak koleksi tudung scarf yang cantik berkualiti
- Poplook – Tudung scarves yang cantik cantik, trendy dan terkini
- SweetMuslimah – website ini ada menjual tudung labuh muslimah yang cantik
- SimpleHijab – jenama tudung ini agak eksklusif dan murah kepada wanita
- Aidijuma – mahukan tudung kepala yang murah boleh dapatkan di sini
- Lazada – mempunyai sangat banyak jenis tudung dengan harga murah
- TudungSiComel – website tudung yang mensasarkan produk tudung kanak kanak
Saya rasa anda pasti berpuas hati dengan apa yang saya kongsikan ini. Kalau anda hendak buat bisnes online pun boleh juga. Anda boleh menyertai program affiliate ataupun dropship untuk membuat duit dengan membuat sendiri kedai jualan tudung milik anda sendiri di media sosial seperti di Facebook, Whatsapp dan juga Instagram. Jom beli tudung hijab secara online.
The post Laman Web Kedai Jualan Tudung Online Popular Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.