Murahnya.my – Ya, semasa aku membuat blogwalking sana sini, aku telah terbaca artikel yang berkaitan dengan produk dari Malaysia iaitu murahnya.my. Aku sepertinya pernah melawat akan website ini tetapi tidak pernah memandang serius akan website ini. So malam tadi apabila bertemu lagi dengan artikel berkenaan ini, aku cuba membaca, melihat, menyelidik, mengkaji dan juga memahami. Barulah aku sedar yang website murahnya.my ini sangat sangat bagus dan bermanfaat samada untuk pemberi servis, pembeli servis dan juga untuk blogger yang mencari pendapatan online.
Ok aku ringkaskan begini. Cuba korang melawat website Fiverr.com ini dahulu dan dengan trademark iaitu “The World’s Largest Marketplace for small services, starting at $5. Murahnya.my ini sama sebiji dengan Fiverr ini tadi TETAPI ianya dibina khas untuk rakyat Malaysia. Biarkan aku jelas kan dengan lebih mudah dan ringkas agar korang faham apa yang ingin aku sampaikan kepada korang. Baca dibawah ini.

Murahnya.my
Apakah Servis Yang di Tawarkan di Murahnya.my
Murahnya.my adalah sebuah pusat yang menyediakan pelbagai service yang dimahukan oleh khususnya pengguna internet seperti servis pemasangan wordpress, servis like, pengiklanan di fanpage yang ratusan ribu, servis tarik traffic, pemasangan contact form, servis ebook, design blog, email marketing, kerja kerja tugasan seperti microsoft, software dan pelbagai lagi keperluan yang diperlukan oleh pengguna komputer mahupun pengguna internet. Tidak kisahlah korang orang awam, student, internet marketer dan sebagainya. Selagi ada servis yang ditawarkan di Murahnya.my, maka korang bolehlah membeli servis yang ditawarkan. Menarik kan.
Kos Yang di Kenakan di Murahnya.my Jika Anda Adalah Pembeli
Haaa, disinilah letaknya kelebihan Murah.my, dah nama pun murah. Tahukan korang yang korang boleh mendapatkan pelbagai servis yang korang inginkan berdasarkan servis yang ditawarkan dengan harga serendah RM10 sahaja dan paling mahal adalah RM100. Aku dah tengok servis yang ditawarkan memang best, superbb dan terbaikk.
Kualiti Pembelian Servis Yang di Tawarkan di Murah.my
Jangan jangan risau sangat pasal ini. Untuk pengetahuan korang, setiap pembelian servis yang korang inginkan, iaitu pembayaran akan dibuat kepada Murahnya.my. Dan servis mesti disiapkan didalam tempoh tertentu dan juga pembeli berpuashati dengan servis yang dijanjikan, barulah selepas itu bayaran yang kita buat tadi boleh diberikan kepada “pembuat/pemberi servis”. So disini dengan bahasa mudah, wang akan di tahan oleh pihak murahnya.my sehingga servis disiapkan dan telah diterima oleh pelanggan barulah pemberi servis mendapat hasil jualan servis mereka. So disini sistem ini selamat dan pengguna pun happy sebab servis yang berkualiti dan tiada penipuan berlaku.
Ingin Menjadi Penjual Servis di Murahnya.my
Untuk pengetahuan korang, kalau korang ada bakat seperti menulis, mengira, melukis, membuat, menawarkan, menolong dalam apa apa jua, korang boleh menjual perkhidmatan servis korang di Murahnya.my untuk menjana dan membuat duit secara online disana. Katalah korang ada kepakaran menukar entry bahasa melayu kepada bahasa english dengan baik, ada baiknya korang tawarkan servis sebegini di Murahnya.my. Katakan servis anda, anda kenakan charge RM20. Kalau korang dapat permintaan 10 orang sahaja dan menyiapkannya, korang dah dapat RM200 untung. Best kan.
Kos Kos Tersembunyi Yang di Kenakan Oleh MUrahnya.my kepada Pemberi Servis
Untuk pengetahuan korang, servis yang korang kenakan kepada pembeli servis akan dikenakan charge oleh pihak Mudahnya.my. Secara kasarnya, setiap servis yang korang siapkan, korang akan dapat minimum 70% dari hasil kos servis yang korang tawarkan. Untuk maklumat lanjut ada baiknya korang Download Ebook Murahnya.my di Sini
Ok aku akan berikan komen jujur disini. Aku dah cuba, untuk membeli kita PM dahulu kepada pemberi servis, kemudian pemberi servis akan maklum dan jawab pertanyaan kita, dan jika kita berpuashati kita pun mulalah “beli” servis yang kita mahukan, selepas itu servis yang kita dapat nanti boleh kita berikan feedback terhadap servis tadi. Dari feedback itulah akan memberikan rating kepada pemberi servis dan membantu para pembeli yang lain untuk yakin dan seterusnya membeli servis tersebut juga.
Untuk para Affiliate dan blogger yang ingin mendapatkan pendapatan online, korang boleh tekan link dibawah ini. Aku nak bagi tahu yang korang akan dapat wang komisen tanpa henti selagi ada sesiapa yang membeli apa apa servis di Murahnya.my ini melalui link korang. Komisen tanpa henti tau! Jom daftar dan tekan link dibawah.
>>>Jom Lawat Murahnya.my disini<<<
.