Saya terus kepada isi penjelasan utama. Ramai orang hendak beli barang di website Taobao. Website taobao adalah salah satu website eCommerce China yang popular dengan tawaran harga barang produk buatan dari China dengan harga murah/borong. Kalau orang tanya hendak beli barang dari China melalui website apa, maka website taobao adalah salah satu website yang perlu dan wajib kita ketahui. Di sebabkan website ini di paparkan hanya dalam bahasa cina, maka anda yang tidak fasih membaca tulisan cina perlu menggunakan agent taobao Malaysia untuk membantu anda membeli barang.
Apakah agent taobao Malaysia ini? Ianya ibarat sebagai orang tengah. Orang yang tahu bercakap atau membaca tulisan cina. Dan orang ini akan membantu kita membeli barang di website taobao. Nanti pasti akan ada orang tanya, tidak adakah website dari China yang dalam bahasa english. Jawapannya YA ADA!. Tetapi bila anda bertanya website dari China yang mana yang menjual barangan China dengan harga murah. Jawapannya adalah website Taobao. Kalau anda tetap mahu beli di taobao, anda memang memerlukan agent taobao Malaysia. Faham?
Agent Taobao Malaysia Untuk Mudah Membeli Barang Murah China
Di Malaysia, kita ada agent atau orang tengah yang boleh bantu kita beli barang di website Taobao. Dan anda akan dikenakan sedikit cas. Tetapi harga belian campur sedikit cas upah akan tetap lebih murah. Jangan risau. Cumanya kaedah proses pembelian agak sedikit leceh kerana anda gunakan orang tengah bantu anda. Agent taobao ini mempunyai website mereka sediri. Apa yang perlu anda buat adalah, copy link url produk yang anda mahu beli di website Taobao dan paste di website agent taoabo Malaysia ini tadi. Itu sahaja. Di bawah ini saya kongsikan senarai website agent taobao di Malaysia
Senarai Website Agen Taobao Di Malaysia
- AeroBeans – Website agen taobao yang bagus dari Malaysia
- BakaShopping – Website agen taobao yang bagus dari Malaysia
Website Pilihan Beli Barang Murah China
- Ezbuy – beli barang dari China mudah melalui website eCommerce Malaysia ini
- Aliexpress – beli barang dari China di website eCommerce China dalam English
Kalau anda lihat di atas ini. Ada 2 kategori website yang anda perlu tahu. Yang pertama adalah senarai website agent taobao dari Malaysia. Dan yang kedua adalah senarai website cadangan dan pilihan saya secara peribadi jika anda tidak mahukan orang tengah dan ingin beli terus barang murah China melalui website dalam bahasa english yang tetap menawarkan harga murah. Cadangan saya, anda cuba dahulu website agent taobao Malaysia yang paling mudah iaitu Ezbuy Malaysia kerana produk yang mereka paparkan adalah dari taobao juga. Malah anda boleh membeli dengan harga ringgit Malaysia. Berminat? Sila link link di atas ini untuk mencuba. Selamat membeli belah online.
The post Mencari Agent Taobao Malaysia Untuk Borong Barang China appeared first on eCommerce In Malaysia.