Salam kepada pembaca. Sebelum saya bercerita mengenai tajuk ini. Suka kalau saya ingatkan yang artikel ini adalah artikel ke-2 dan sambungan daripada artikel pertama yang bertajuk “Booking Hotel Dengan Agoda“. Ianya adalah tentang bagaimana saya mencari dan menempah bilik hotel melalui website perbandingan hotel di website Agoda. Dan artikel ke-2 ini adalah bertajuk “Check In Hotel dengan Agoda” yang menumpukan kepada pengalaman sebenar saya tentang bagaimana saya terus check-in bilik hotel setelah membuat menempah dan membuat bayaran bilik hotel melalui Agoda. Harap anda maklum ya.
Untuk pengetahuan anda, bilik hotel yang saya tempah adalah hotel yang bernama Century Pines Resort Cameron Highlands. Saya cari dan tempah bilik hotel ini melalui website Agoda. Dan saya pun bersama isteri telah singgah di hotel ini di Tanah Rata Cameron Highlands. Setelah sampai ke lobi receptionist di hotel ini, mereka telah meminta Nama, No IC dan juga Booking ID. Pastikan anda simpan maklumat “Booking ID Agoda” ini. Maklumat ini ada pada email anda. Sila lihat dan beritahu/tunjukkan kepada staff hotel di lobi tersebut.
Cara Check In Hotel Dengan Agoda
Setelah pihak receptionist membuat semakan dan mengesahkan tempahan. Mereka juga telah meminta duit wang deposit kepada saya sebanyak RM200. Saya tidak pasti untuk anda. Tetapi pendahuluan deposit sebanyak RM200 ini memang diperlukan. Tetapi anda jangan risau, wang deposit RM200 ini akan dikembalikan setelah saya keluar check-out dari hotel berkenaan. Jika anda ke hotel ini, saya harap anda membuat persediaan berkenaan wang deposit ini. Saya tidak pasti bagaimana dengan hotel yang lain. Wang deposit ini bukan sebab Agoda, tetapi kerana polisi hotel itu sendiri. Harap maklum.
Proses Yang Saya Lalui Setelah Saya Tempah Bilik Melalui Agoda
- Cari dan tempah bilik di sini – [ Daftar Agoda Di Sini ]
- Terus buat bayaran secara online. Agoda juga membenarkan bayaran di hotel
- Singgah ke hotel. Berikan butiran Nama, IC dan juga Agoda Booking ID
- Diperlukan memberikan wang pendahuluan deposit sebanyak RM200
- Jika semuanya ok, anda akan diberikan kunci atau kad akses ke bilik
- Siap
Setelah semuanya ok, barulah saya diterima untuk check in hotel dengan diberikan kad kunci akses kepada bilik hotel yang saya tempah tadi. Itu sahaja. Jadi bagaimana dengan kesimpulan saya berkenaan pengalaman saya ketika check in hotel dengan Agoda ini? Sudah tentu adalah bagus. Saya tidak pening pening dan tergesa gesa mencari hotel untuk menginap. Sampai di lobi hotel sahaja terus berikan butiran yang dikehendaki. Selepas itu berikan wang deposit. Dan terus check in hotel. Mudah bukan? Saya harap perkongsian berkenaan pengalaman saya ketika check in hotel melalui Agoda ini memberikan sedikit gambaran kepada anda apa yang berlaku. Selamat mencuba. Dan selamat bercuti.
The post Pengalaman Pertama Check In Hotel Dengan Agoda appeared first on eCommerce In Malaysia.