Setiap tahun, apabila sesi persekolahan mula di buka, selain pakaian baju sekolah, beg sekolah juga adalah barangan yang selalunya para ibu bapa beli untuk anak mereka. Namun, saya pasti kebanyakkan para ibu bapa tidak mahu terlalu membazir dalam membelikan peralatan untuk bersekolah. Ini kerana pada setiap hujung tahun, banyak perkara yang melibatkan duit yang perlu digunakan. Sesi persekolahan bukannya tentang beg dan baju sekolah. Ada banyak lagi yuran yuran dan kos pembelian buku yang memerlukan lebih banyak belanja wang dikeluarkan.
Teringat saya ketika zaman persekolahan dulu. Emak ayah akan beli 2 pasang baju sekolah, satu pasang kasut sekolah dan 1 beg sekolah. Baju sekolah memang kena beli 2 pasang terus sebab nanti nampak kotor dan lusuh kalau di pakai hari hari. Dan baju sekolah juga memang perlu beli dan bertukar setiap tahun kerana badan kanak kanak memang cepat membesar. Tetapi jangan hairan, ada sahaja keluarga yang hanya belikan satu pasang sahaja baju sekolah untuk anak mereka. Mungkin kerana faktor kurangnya wang dan mempunyai ramai anak yang bersekolah.
Beli Beg Sekolah Murah Online
Alhamdulillah, saya tengok adik saya yang perempuan tidak kisah untuk pakai beg sekolah yang lama tahun lepas. Beliau merasakan beg sekolah beliau masih lagi ok dan baik. Bukan kerana emak ayah tidak mahu belikan beg yang baharu, tetapi kerana “pemikiran” kanak kanak berbeza antara satu sama lain. Ada kanak kanak yang malu pakai barangan lama. Dan ada kanak kanak yang tidak kisah kalau pakai pakaian lama. Jadi tengok juga keadaan kanak kanak itu. Kalau tiada bajet besar, sebenarnya ada banyak juga beg sekolah kanak kanak yang dijual dengan harga murah.
Website Yang Menjual Beg Untuk Sekolah
- Lazada – ada sangat banyak beg sekolah dan berharga murah di jual di sini
- Amazon – anda mahukan beg sekolah yang cantik berkualiti ada di sini
- Aliexpress – anda boleh dapatkan beg sekolah cantik dan murah ada di sini
Beg sekolah murah tidak bererti tidak berkualiti. Kena lihat juga anak anda kelas darjah berapa. Kena lihat jadual waktu dan buku yang perlu di bawa ke sekolah. Kalau banyak buku, maka kena beli beg yang besar sedikit. Kalau bawa buku sedikit, beli beg sekolah yang biasa biasa dan murah pun ok sebenarnya. Dari apa yang saya lihat, kebanyakkan beg sekolah kanak kanak yang dijual tidaklah begitu mahal harganya. Kebanyakkan harganya dalam sekitar RM50 dan ke bawah sahaja. Sila lawat laman web di atas ini yang saya kongsikan untuk anda beli beg sekolah anak anda secara online. Bye
The post Beg Sekolah Kanak Kanak Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.