Bulan lepas saya berpeluang untuk pergi bercuti bersama isteri ke Cameron Highlands Pahang. Dan trip ini adalah trip pengalaman pertama kali saya ke Cameron Highlands. Sudah sangat lama teringin untuk ke sana. Dan gambaran yang ada di minda saya adalah berkenaan permandangan hijau ladang teh yang segar dan suasana sejuk di puncak bukit. Itu yang saya paling tidak sabar sekali. Dan selepas itu teringin untuk melihat ladang strawberry. Petik buah strawberry dan juga menikmati sarapan pagi dengan menu nasi lemak sambal strawberry.
Saya pasti anda akan merasakan yang makanan nasi lemak sambal strawberry ini unik menunya bukan? Kedai makan ini sebenarnya dicadangkan oleh rakan saya sendiri. Beliau telah ke Cameron Highland beberapa kali. Dan nama kedai makan ini adalah Nasi Lemak Abang Strawberry dan ianya juga dikenali dengan nama lain iaitu 200 Seeds Cafe. Apa yang unik dengan nasi lemak ini. Yang unik adalah pada sambalnya. Sambalnya diperbuat dari bahan yang bukan cili tetapi dari strawberry. Unik bukan?

Permandangan hadapan restoran kedai makan 200 Seed Cafe Abang Strawberry
Nasi Lemak Sambal Strawberry Di 200 Seeds Cafe
Kadang kala orang datang singgah makan ke mana mana kedai makan bukan kerana makanan tersebut sedap. Tetapi lebih kepada keunikkan makanan dan juga keadaan kedai makan itu sendiri. Dan saya sendiri berpendapat begitu. Saya teringin hendak makan nasi lemak sambal strawberry kerana keunikkan menu tersebut. Dan keadaan kedai yang bersih dan menarik juga menyebabkan saya memang mahu singgah makan di kedai 200 Seed Cafe Abang Strawberry ini. Jujur cakap, apakah rasa setelah menikmati sepinggan nasi lemak sambal strawberry tersebut? Bagi saya, saya bagi markah 6.5/10.

Menu nasi lemak sambal strawberry yang menyelerakan
Sebenarnya nasi lemak sambal strawberry ini datang dalam 2 menu berbeza. Kandungan utamanya adalah nasi lemak, timun, ikan bilis, kacang dan sambal biasa dan juga sambal strawberry. Dan 2 menu berbeza yang saya sebutkan tadi itu adalah seperti Ayam Berempah dan juga Rendang Daging. Dengan kata lain, anda mahukan nasi lemak sambal strawberry berlaukkan ayam atau daging. Keadaan kedai agak menarik dan memang sesuai anda bawa anak anak makan di sini. Dan ketika saya di Cameron Highlands, saya menginap di Hotel Century Pines Resort, terbaik. Berminat berjalan jalan ke Cameron Highlands, cepat daftar dan booking penginapan anda dengan klik link di bawah ini. Selamat melancong.
>>> Daftar Bilik Hotel Cameron Highlands Di Sini – [ Click Here ] <<<
The post Nasi Lemak Sambal Strawberry Cameron Highlands appeared first on eCommerce In Malaysia.