Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Taman Bunga Lavender Farm Di Cameron Highlands

$
0
0

Salah satu daya tarikan yang ada di puncak bukit Cameron Highlands adalah Lavender Farm. Rupa rupa ianya masih dikira baru kerana baru dibuka beberapa tahun lepas. Dan oleh kerana saya sendiri baru pertama kali menjejakkan kaki di Cameron Highlands Malaysia, jadi saya agak teruja untuk pergi ke sana dan kemari untuk mengetahui apa yang best dan seronoknya di sana. Adakah anda seorang pengantin baru? Saya cadangkan ke sini. Anda boleh bawa isteri anda untuk honeymoon dan berjalan jalan di kawasan taman bunga lavender ini. Menarik.

Sebenarnya apakah yang menariknya di kawasan taman bunga lavender Cameron ini? Ianya adalah sebuah kawasan KEBUN BUNGA yang salah satu bunga yang ada dan terpenting adalah bunga lavender itu sendiri. Ada yang berwarna ungu, merah, kuning dan sebagainya. Bunga lain pun ada. Ianya memang tempat yang sesuai kepada anda yang sukakan bunga dan melihat tempat yang cantik cantik. Saya sebagai lelaki pun suka dengan kawasan ini.

Permandangan hadapan pintu masuk Cameron Lavender

Permandangan hadapan pintu masuk Cameron Lavender

Taman Bunga Lavender Cameron Highlands Malaysia

Jadual waktu dibuka setiap hari. Pada hari Isnin hingga Khamis akan dibuka dari jam 9AM – 6PM. Dan hari Jumaat hingga Ahad pula akan dibuka dari jam 9AM – 7PM. Untuk masuk ke sini anda perlu membeli tiket. Harga tiket bagi seorang dewasa adalah RM8 dan untuk kanak kanak pula adalah RM5. Kalau untuk keluarga pun bagus. Taman bunga lavender di dalamnya juga ada tempat kawasan untuk anda memetik buah strawberry kalau anda mahu.

Ladang bunga lavender di Lavender Farm Cameron

Website Berkenaan Cameron Lavender Farm

Permandangan di sekitar taman bunga lavender Cameron Kedai kedai yang menjual pelbagai barangan cederahati di taman bunga lavender farm

Apa yang menarik di taman bunga lavender ini selain dari melihat bunga lavender? Ada dijual aiskrim perasa/perisa lavender kalau anda mahu. Ada kawasan memetik buah strawberry. Ada banyak bunga bunga yang cantik cantik selain dari bunga lavender. Ada kawasan tempat makan. Ada kawasan yang memang cantik untuk tangkap gambar anda dengan persekitarannya. Dan ada dijual pelbagai cenderahati. Hendak lebih puas? Anda lihat sahaja perkongsian gambar yang saya kongsikan dengan anda di atas ini. Menarik bukan!

The post Taman Bunga Lavender Farm Di Cameron Highlands appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles