Selalunya setiap pasangan yang baru berkahwin atau yang sudah lama berkahwin dan masih belum mempunyai anak pasti akan mencari cara yang terbaik bagaimanakah untuk mengesan dan menguji kehamilan. Dan salah satu produk atau alat yang kebanyakkan pasangan akan beli dan gunakan adalah alat pregnancy test. Mungkin ada yang tidak tahu. Sebenarnya anda boleh lakukan pemeriksaan ujian kehamilan sendiri dari rumah. Dengan syarat anda mempunyai alat yang sesuai yang terbukti berkesan untuk membuat pemeriksaan tersebut.
Sebenarnya ramai pasangan dipersekitaran kita yang masih tidak berjaya mendapat anak. Sudah cuba bermacam cara. Malah ada yang menanti sudah lama, dan berjaya tetapi keguguran pula. Dan proses seterusnya perlu memakan masa. Di persekitaran saya sendiri ada saudara yang sudah bertahun tidak mendapat anak, ada yang 2 tahun baru berjaya, ada yang keguguran anak pertama dan ada yang keguguran sebanyak 2 kali dan sebagainya. Sebelum anda mendapatkan alat pregnancy test, ada baiknya anda isi ilmu pengetahuan dahulu.
Beli Alat Pregnancy Test Yang Berkesan
Kepada anda iaitu pasangan yang masih belum berjaya mendapatkan zuriat yang pertama. Adakah anda sudah memulakan langkah mendapatkan ilmu tentang kehamilan? Adakah anda berpendapat yang kalau anda sudah berhubungan badan maka anda akan ada potensi mendapat anak? Adakah anda berfikir begitu. Jika YA, maknanya anda ada sedikit salah faham dalam isu ini. Mari saya jelaskan secara ringkas kepada anda dahulu.
Untuk mendapat anak. Perkara pertama yang anda kena faham adalah penyatuan 2 sel pembiakkan. Kalau perempuan mesti menghasilkan OVUM dan lelaki pula mesti menghasilkan SPERMA. Pertemuan antara ovum dan sperma yang “berjaya” barulah akan melalui proses pembentukkan janin yang mana kita sebut ianya sebagai bayi. Adakah anda tahu yang ovum dikeluarkan hanya 1 sahaja setiap kitaran haid dan hanya mampu hidup selama 48 jam paling lama? Sperma juga begitu.
Website Yang Menjual Kit Kehamilan
- Pregancy Test Kit – check samada anda mengandung atau tidak dengan alat ini
- Ovulation Test Kit – untuk mengesan bilakan hari anda menghasilkan ovum
Adakah semasa hubungan badan antara anda dengan pasangan anda iaitu suami isteri sudah pasti yang isteri anda ketika itu telah menghasilkan ovum? Jika tiada, usaha anda pasti sia sia sahaja. Dalam zaman moden ini, anda sebenarnya boleh membuat carian pada waktu bilakan anda sebagai isteri sedang dalam keadaan penghasilan ovum. Jika anda tahu akan perkara ini barulah perancangan anda untuk mendapat anak akan lebih menuju kejayaan. Dapatkan beberapa kit alat ujian seperti alat pregnancy test untuk anda check dan kesan kehamilan anda melalui link di atas ini. Selamat mencuba.
The post Alat Pregnancy Test Untuk Menguji Kehamilan appeared first on eCommerce In Malaysia.