Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Apa Itu Fidget Spinner Dan Kegunaannya

$
0
0

Sesetengah orang tidak tahu apa benda alah “fidget hand spinner” ini. Yang mereka boleh sebut adalah ianya alat untuk main pusing pusing. Kelakar juga mendengarnya. Kepada anda yang tidak tahu, alat permainan tersebut namanya adalah FIDGET SPINNER. Dan soalan yang pasti dilontarkan adalah apa itu fidget spinner? Ianya adalah sebuah alat yang dibuat dari bearing yang mana boleh dipusingkan. Untuk lebih faham anda lihat sahaja gambar dan juga video yang saya sertakan di dalam artikel ini. Dan alat ini mula menjadi viral di media media sosial dan saya pasti kepada anda yang berkesempatan untuk ke bazar ramadhan tahun ini pasti akan ada ternampak peniaga yang menjual alat permainan ini.

Ada orang tanya, apakah kegunaan fidget spinner ini? Maaf saya tidak tahu secara tepat akan kegunaan benda ini. Cuma dari bacaan ringkas saya di internet, alat ini pada awalnya dicipta khusus untuk individu yang mempunyai masalah tekanan iaitu stress. Anda pasti tahu ada individu yang suka bermain sesuatu benda dengan jari mereka. Jari mereka selalu bergerak gerak. Jadi produk seperti fidget hand spinner ini dibuat untuk membantu golongan seperti ini menyalurkan stress tekanan mereka kepada alat seperti ini. Ini dari apa yang saya fahamlah. Maaf kalau saya silap.

Gambar dan bentuk sebenar fidget spinner

Gambar dan bentuk sebenar fidget spinner

Review Fidget Spinner Yang Berpusing

Cumanya, ianya mula menjadi viral kerana orang atau individu yang bukan sasaran ianya dicipta seperti kita ini juga berminat dengan fidget spinner ini. Saya tidak tahu hendak cakap bagaimana dan kenapa. Saya sendiri sudah memegang, membelek dan bermain dengan fidget hand spinner ini. Ada sesuatu yang menarik dan seronok ketika memutarkan fidget spinner ini. Saya boleh katakan, jika anda suka dengan sesuatu yang bersifat mekanikal, bearing dan enggineering, saya pasti anda akan automatik suka untuk memegang fidget spinner ini. Ini adalah benar dalam keadaan diri saya sendiri.

Website Yang Menjual Fidget Hand Spinner

  • Lazada – hendak mudah cari Fidget hand Spinner murah, beli sahaja di sini
  • Ezbuy – harga sedikit mahal tetapi ada banyak pilihan
  • Amazon – ada sangat banyak fidget hand spinner berkualiti di sini
  • Aliexpress – anda boleh dapatkan rekaan fidget hand spinner unik di sini

Jadi mahalkah harga fidget spinner ini? Dari pengalaman saya pergi ke bazar ramadhan lepas. Saya dapati fidget hand spinner ini dijual dengan harga RM10, RM15, RM45 atau lebih. Dan kebiasaannya yang lebih mahal lebih berat dan berkualiti. Dan yang lebih berkualiti ini selalunya akan mudah berpusing dengan lebih lama apabila diputarkannya. Terpulang kepada bajet dan kehendak anda. Kalau anda berminat hendak mendapatkan fidget spinner ini, anda boleh beli dan dapatkannya secara online melalui internet dengan klik link di atas ini. Selamat mencuba.

The post Apa Itu Fidget Spinner Dan Kegunaannya appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles