Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Simkad Postpaid RedOne Adalah Pascabayar Paling Murah

$
0
0

Antara simkad postpaid yang menjadi tarikan kepada saya adalah simkad postpaid Webe. Kerana apa? Sudah tentu kerana pakej UNLIMITED yang ditawarkannya. Saya tidak berminat dengan pakej panggilan tanpa had. Yang saya minat adalah pakej tanpa had untuk internet. Setakat ini, hanya pakej dari Webe sahaja yang paling menarik dan juga murah apabila menawarkan pakej internet tanpa had. Namun oleh kerana bil bulanan yang masih tinggi, dan saya meletakkan sasaran mahukan sebuah postpaid di bawah RM50, jadi saya terpaksa melepaskan Webe. Hanya 2 simkad postpaid bawah RM50 yang ada di Malaysia iaitu postpaid dari UMobile dan juga pakej simkad postpaid RedOne.

Kenapa saya mahukan sebuah simkad postpaid di bawah RM50 sebulan? Ini kerana di rumah saya sudah mempunyai sambungan internet streamyx 4MB yang perlu saya bayar RM140 setiap bulan. Streamyx sudah membekalkan talian internet tanpa had. Jadi kenapa pula saya perlu membayar memakai pakej internet di smartphone yang mahal mahal. Murah murah pun sudah memadai. Kalau balik rumah tetap akan pakai internet streamyx juga. Jadi itulah antara sebab utama kenapa saya mahukan pakej postpaid di bawah RM50 sebulan.

Simkad postpaid RedOne menawarkan pakej internet paling murah

Simkad postpaid RedOne menawarkan pakej internet paling murah

Dan hasil carian saya hanya menemukan saya dengan pakej postpaid dari UMobile dan juga RedOne. Oleh kerana UMobile mempunyai rangkaian yang agak kurang meluas, dan kebetulan pula RedOne menggunakan rangkaian dari Celcom yang semua orang tahu ianya antara paling meluas di Malaysia, sudah tentu jika di suruh memilih antara keduanya, saya pasti akan memilih pakej postpaid dari network rangkaian Celcom. Jadi pilihan saya adalah simkad postpaid RedOne.

Untuk pengetahuan anda. Pakej postpaid UMobile paling murah ketika ini adalah pakej RM28 dengan kuota data sebanyak 3GB sebulan. Sedangkan, pakej postpaid RM28 dari RedOne menawarkan kuota data sebanyak 5GB setiap bulan. 2 sebab inilah kenapa pada akhirnya saya memilih untuk beralih dan kini menggunakan simkad postpaid RedOne. 

Pakej Simkad Postpaid RedOne

Pakej Simkad Postpaid RedOne

Pakej Postpaid RedOne RM28

  • 5GB data untuk 3G + 4G
  • 5GB data untuk basic internet
  • Free call sesama simkad postpaid RedOne
  • 15 sen/minit untuk panggilan selain RedOne
  • 5 sen/sms untuk sesama postpaid RedOne
  • 10 sen/sms untuk selain RedOne
  • Menggunakan rangkaian Celcom

Dari perkongsian di atas ini anda akan dapati yang simkad postpaid RedOne bolehlah di katakan sebagai simkad pascabayar yang menawarkan pelan pakej internet yang paling murah. Kalau kuota data habis pun tetap boleh bermain Whatsapp kerana mempunyai internet asas (basic internet). Kalau selama penggunaan saya ianya memuaskan saya, saya mungkin akan upgrade dari pakej RM28 kepada RM48 pula untuk menikmati kuota data yang lebih besar iaitu 10GB sebulan. Berbaloi bukan? Kalau anda berminat, anda boleh Whatsapp agen RedOne melalui nombor telefon di bawah ini. Urusan boleh dijalankan secara online 100%. Berminat call beliau ok. Bye


>>> Agen RedOne Johor (AZMI) – [ 012-7390591 ] <<<

The post Simkad Postpaid RedOne Adalah Pascabayar Paling Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles