Siapa yang tidak kenal dengan Lazada? Semua orang di Malaysia kenal dengan laman website yang bernama Lazada Malaysia ini. Salah satu sebab kenapa website eCommerce ini paling popular di Malaysia adalah kerana reputasi pengalaman membeli belah secara atas talian yang sangat baik kepada pelanggan, mudah cara pembelian dan penawaran harga produk yang sangat kompetitif iaitu jauh lebih murah dari tempat lain. Dan salah satu servis yang paling disukai oleh pembeli adalah fungsi pembelian barang secara hutang iaitu pembayaran secara ansurans (installment) bulanan. Sudah tentu fungsi ini hanya kad kepada pemilik yang mempunyai kad kredit sahaja. Kalau tiada, yang perlu anda lakukan sekarang adalah memohon kredit kad dahulu. Sudah?
Salah satu produk yang paling laku keras terjual melalui Lazada adalah telefon peranti pintar smartphone. Rasanya anda sendiri pun tahu yang produk smartphone berkuasa tinggi (high end) kini berharga sangat mahal. Harga bagi Samsung Galaxy S8 dan juga iPhone 8 kini dijual dengan harga minima RM3000 dan ke atas. Jadi, bukan semua orang mampu untuk membeli peranti pintar ini dengan cash tunai. Namun ianya tidak menyebabkan peminat smartphone ini mengalah untuk memilikinya. Salah satu cara adalah dengan membuat pembelian secara ansurans bulanan. Jadi, peluang untuk memiliki dengan membayar secara bulanan tidak terasa terlalu membebankan.

Contoh paparan perbandingan kredit kad Malaysia di website Ringgit Plus
Bagaimana Memohon Kredit Kad Mudah Dan Cepat
Namun, ada satu berita yang kurang baik. Buat masa ini, kredit kad yang dibenarkan untuk membuat pembelian secara installment adalah dengan menggunakan kad kredit Maybank sahaja. Dengan kata lain, kalau anda tidak memiliki kredit kad Maybank, maka anda tidak boleh membuat pembelian secara ansurans bulanan ini. Maka, keinginan anda untuk memiliki smartphone mahal atau mana mana produk barangan yang berharga mahal di Lazada tidak boleh dilakukan. Mahu tidak mahu anda perlu memohon kredit kad Maybank juga. Macam mana hendak apply kredit kad dengan mudah? Anda apply sahaja secara online. Berminat?

Anda boleh memohon kredit kad Maybank mudah melalui internet sahaja
Senarai 5 Website Perbandingan Kredit Kad Malaysia
- BolehCompare – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
- CompareHero – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
- iMoney – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
- LoanStreet – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
- RinggitPlus – website perbandingan kredit kad Malaysia dan lain lain
Di Lazada Malaysia, semua produk dan barangan yang mahal boleh anda beli cara instalment bulanan. Hanya produk/barangan yang dipaparkan dengan pilihan bayaran bulanan sahaja boleh anda beli secara ansurans. Contohnya produk barangan seperti LED smart TV, set katil bilik tidur, smartphone, barangan elektrik dan lain lain lagi. Dan yang lebih best, anda boleh beli barang dengan ZERO INTEREST (0%). Kalau anda beli smartphone berharga RM2000. Anda boleh buat pilihan bayaran ansuran selama 6 bulan atau 12 bulan. Terpulang kepada bajet anda. Di atas ini saya kongsikan 2 laman web yang menyediakan servis perbandingan kredit kad. Anda pilih kredit kad “Maybank” sebagai contoh dan apply memohon kredit kad secara online terus melaluinya. Mudah bukan? Selamat mencuba
The post Cara Memohon Kredit Kad Untuk Beli Barang Di Lazada appeared first on eCommerce In Malaysia.