Ebay Melalui Teknik Dropship - Dua hari lepas ada beli DVD Rakaman Bengkel Dropship dari Najib Assadok. DVD tersebut adalah rakaman program Panduan Buat Jualan di Ebay Mengggunakan Teknik Dropship. Secara asasnya aku tahu apa itu ebay dan bagaimana untuk membeli barang di ebay. Ianya “rasanya” sama seperti lelong Malaysia cumanya pembelian lebih kepada penggunaan kredit kad dan juga paypal. Aku tiada pengalaman didalam bidang dropship tetapi aku tahu bagaimana dropship itu berjalan sebab adik aku terlibat 100% didalam bidang ini iaitu dropship di Facebook.
Berniaga di Ebay Melalui Teknik Dropship
Persoalan disini adalah, aku mula berfikir untuk mengorak langkah untuk mencari pendapatan online melalui satu teknik yang aku 50% faham tetapi 100% tidak pernah mencubanya sendiri dan melihat potensi boleh buat duit secara online sebanyak 65% (belum cuba). Melihatkan adik aku yang telah terlibat didalam dunia dropship melalui Facebook dan beliau mampu menjana “untung” tidak kurang dari RM1000 sebulan. Dan kini beliau bergerak lebih laju dengan mengambil “pekerja” untuk bekerja bawah beliau dan tentulah hasilnya semakin laju.

Panduan Jualan Ebay Melalui Teknik Dropship
Melihat akan potensi boleh buat duit online didalam Malaysia, aku pula melihat ianya tidak mustahil dan malah lebih untung untuk buat duit secara global melalui ebay. Mungkin ada risiko disana sini yang aku belum nampak sebab aku belum mencuba. Tetapi tiada salahnya mencuba bukan. Kalau gagal tidak beerti kita tidak akan barjaya. Cumanya selepas itu kita memperbetulkan kesilapan kita dan menjadi lebih baik selepas itu. Itulah gunanya pengalaman.
DVD Panduan Ebay Melalui Teknik Dropship
DVD panduan Ebay Melalui Teknik Dropship ini baru sahaja aku terima petang tadi. Dan aku hanya baru sahaja membaca ebook pengenalan asas tentang ebay dan juga paypal. Rakaman video belum lagi aku tonton. Aku harap panduan teknik Ebay Melalui Teknik Dropship ini mampu membuka mata aku untuk nampak peluang yang boleh aku ambil untuk buat duit melalui ebay ini. Bukanlah ebay semata mata tetapi untuk aku nampak peluang peluang yang lain hasil dari panduan buat duit dengan ebay ini.
Tidak susah sebenarnya. Kita hanya ikut apa orang berjaya buat dan kita pun buat. Nak bergerak sendiri tu susah. jadi kena juga ikut dan dapatkan ilmu dari orang yang berjaya. Cumanya nak dapat ilmu bukannya mudah sebab orang yang berjaya itupun terpaksa melalui liku liku kesusahan. Jadi sudah dimudahkan kepada kita bagaimana hendak berjaya seperti beliau. Mudah sahaja. Cuma kita terpaksa keluarkan duit sedikit untuk mendapatkan ilmu tersebut. Insyaallah duit yang kita keluarkan itu sebenarnya sedikit berbanding ilmu dan pendapatan yang bakal kita dapat jika berjaya nanti. Apa apa pun, mulakan langkah pertama, barulah langkah kedua menyusul. Bye.
Kalau Korang Berminat Boleh Sertai Seminar Bengkel Ebay + Dropshi ini. Lawat Link di Bawah