Apa yang korang tahu mengenai Pemasaran Melalui Facebook? Apa yang menarik yang ada di Facebook tetapi tiada di tempat lain. Aku bermaksudkan tentang bisnes melalui Facebook iaitu tentang bisnes online yang dijalankan di Facebook. Pasti semua orang tahu tetapi tidak semua tahu akan kepentingan akan ini. Iaitu di Facebook terdapat fungsi Iklan Berbayar, Fungsi Group dan juga Fungsi Fan Page. Kali ini kita hanya fokuskan pada fungsi Fan Page yang terdapat di Facebook dan kita sempitkan perbincangan kita didalam skop “bisnes online”.
Sekarang ini sudah makin bercambah orang yang berminat berniaga di Facebook. Ramai betul yang berminat. Manakan tidak, aku sebagai “admin” di “Facebook Group” yang bertujuan mengumpulkan penjual penjual dibawah satu bumbung telahpun mempunyai ahli semasa seramai 10 ribu orang. Dan ahli “penjual” yang mahu join semakin bertambah dari hari ke hari. Akan tetapi aku tidak mahu fokus kepada fungsi group tetapi apa yang aku nak sampaikan adalah ramainya orang yang berminat hendak menjual dan membuat duit online melalui Facebook. Soalannya sekarang apakah teknik pemasaran melalui Facebook yang berkesan yang boleh diikuti?

Pemasaran Melalui Facebook – image credit to https://www.seoclerks.com
Pemasaran Melalui Facebook – Bijak Mengambil Peluang
Untuk berjaya didalam dunia jualan di Facebook, tiada cara lain melainkan korang perlu bijak mengambil peluang. Ramai yang berniaga di Facebook tetapi berapa ramai diantara mereka yang kreatif dan bijak didalam teknik berniaga? Justeru itu korang perlulah menjadi special dan lain dari yang lain agar mampu untuk bersaing, kompetitif dan seterusnya berhasil menjual dan mendapat untung dengan “rate” yang terbaik.
Kelebihan Fan Page Bagi Pemasaran Melalui Facebook
Nak berniaga perlu ada kedai. Ini semua orang pun faham. Jadi buatlah satu Fan Page jualan produk yang korang mahu jual. Kalau korang ingin menjual baju pakaian, maka buatlah Fan Page dan berikan nama kedai anda dengan nama yang berkaitan seperti “Baju Muslimah”, Kedai Baju, Baju Murah, dan apa apa sahaja yang melambangkan produk yang anda jual. Tahniah korang sudah mempunyai kedai online dan juga produk yang ingin dijual.
TETAPI, timbul satu masalah. Kedai online sudah ada dan produk pun sudah ada. Bagaimana pula ingin mengajak orang untuk like Fan Page kedai korang. Tanpa pelanggan kedai korang ibarat kedai yang mati. Tiada interaksi pelanggan dan tiada transaksi jualan. Fan Page sangat sangat mengharapkan bilangan “like” yang “releven” sebagai pemangkin kepada “Viral” nya produk korang dan seterusnya meningkatkan lagi potensi untuk mendapat pembeli.
Penyelesaian Mudah Untuk Pemasaran Melalui Facebook Kini
Sebenarnya ada tips, teknik dan kaedah konvensional bagaimana untuk menarik jualan di Fan Page atau Page jualan yang baru. Mungkin bagi yang masih baru didalam bidang ini akan berasa mudah letih dan akhirnya mengaku kalah sebelum mencuba. Tetapi kini ada teknik dan kaedah untuk menyelesaikan masalah Pemasaran Melalui Facebook yang melanda ramai usahawan bisnes online Facebook ini iaitu dengan didatangkan “Software Khas” yang di panggil DOKTOR FB. Ini adalah kaedah moden kepada Teknik Pemasaran Facebook Berkesan.
Mungkin korang terasa ingin tahu bagaimana aplikasi Teknik pemasaran Facebook berkesan dapat membantu MENINGKATKAN JUALAN bisnes korang. Mudah sahaja. Lawat laman yang saya berikan dibawah ini. Jangan terus dapatkan software ini. Baca dahulu. Fahamkan. Jika memang ini yang korang cari dan memang ini apa yang korang perlukan maka korang boleh dapatkan aplikasi tersebut. Ok check it out now.