Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Syria Berdarah – Persepsi Umat Islam Yang Berbeza

$
0
0

Syria Berdarah (Syria War) – Aku dulu pernah menerangkan akan kepentingan kita untuk menghafal peta dunia. Itu penulisan aku yang lama. Dan didalam kes konflik dunia Islam yang baru pun ianya ternyata memerlukan kita memahami peta dunia. Isu yang paling hanyat ketika ini didunia Islam adalah isu “syria civil war” iaitu peperangan rakyat syria terhadap kerajaan mereka. Jadi disini apa kena mengena kes peperangan di Syria dengan peta dunia? Ianya tidaklah begitu penting tetapi kefahaman terhadap peta dunia sedikit sebanyak memberi gambaran keadaan disana. Baca dibawah.

Kadang kadang sengaja aku bertanya pelbagai rakan aku dengan soalan “sebenarnya apa yang berlaku di Syria” dan jawapan yang aku terima adalah pelbagai. Antara jawapan yang aku terima adalah:

1. Berita yang sengaja dilebih lebihkan, 2. Tidak tahu apa yang berlaku, 3. Keliru konflik antara Syria dan Mesir, 4. Tidak faham kenapa sesama Islam bergaduh, 5. Tidak tahu Syria itu negara apa?

Yang paling teruk adalah yang NO.5 iaitu tidak tahu Syria itu negara apa. Jadi disini korang nampak bukan akan kepentingan kenapa memahami peta dunia itu perlu dan memberi kebaikkan didalam memahami konflik dan tempat negara yang berlaku konflik.

Syria Berdarah - Syria War 2013

Syria Berdarah – Syria War 2013 – image credit to http://rt.com/op-edge/us-war-iran-begins-syria-096/

Syria Berdarah - Syria War 2013

Ada banyak sebenarnya punca kenapa peperangan di Syria berlaku. Tetapi salah satu yang pasti dan terbesar adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Syria iaitu Bashar Assad yang sudah memerintah lama, diktator (membunuh rakyat sendiri) dan juga isu fahaman Syiah-Sunni. Antara sebab lain adalah faktor demografi negara iaitu Bashar Assad yang berfahaman Syiah iaitu golongan minoriti memerintah negara yang majoritinya Sunni. Walaupun begitu isu kekejaman mengarahkan membunuh rakyat sendiri dan tidak rasa bersalah menggunakan senjata berat tentera menjadi faktor UTAMA kenapa rakyat perlu bangkit menumbangkan regim Bashar Assad.

Syria War 2013 - Persepsi Umat Islam Yang Berbeza

Kepada rakan diminta mengambil sedikit inisiatif untuk menghafal sedikit peta negara muslim. Bagaimana ingin mengetahui dan memahami isu konflik yang berlaku dinegara Islam jika masih terkeliru antara Syria dan Mesir. Dan masih juga ada yang keliru Mesir dengan Arab Saudi. Itu pun nasib baik masih tahu Saudi Arabia ada kaabah dan Mesir ada piramid. Bila difikirkan kembali, tidak mungkin negara Arab Saudi ada piramid, kemudian buat tafsiran iaitu negara Arab Saudi dan Mesir adalah berbeza. Good. Hehehhee. Kalau diberi soalan lain iaitu adakah Mesir dan Egypt dua negara yang berbeza? Terus keliru lagi, adehhhhh.

Aku tidak tahu bila konflik berdarah di Syria ini akan berakhir. Cumanya dari segi pandangan aku, aku memilih untuk melihat perjuangan rakyat itu berjaya. Aliran mazhab Sunni perlu dinaikkan di sana. Syria negara majoriti Sunni, dan kenapa pula Syah yang memerintah? Kita perlukan pemimpin yang lain untuk Syria agar Syria bertukar wajah dan dari negara yang terpencil dan senyap dari dunia menjadi negara hebat dan berada di persada dunia. Kita umat Islam bukan umat yang layu. Kita boleh bangkit. Kita memerlukan pemimpin berkaliber untuk mengangkat martabat Islam dan juga menjaga kebajikan umat Islam. Perjuangan belum selesai. Campur tangan tangan ghaib terus berusaha untuk menggagalkan. Kita berusaha, kita berdoa yang suatu hari nanti kita mencapai kejayaan. Itulah janji Allah kepada Islam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles