Aku tengok sekarang semuanya nak bahasa Inggeris. Sekarang nak minta kerja pun nak kena ada kebolehan berbahasa english. Kadang kadang ianya berguna dan kadang kadang ianya kurang digunakan. Tengok tempat dimana korang bekerja. Aku sendiri kurang mahir didalam bahasa english. Boleh dikatakan kemahiran aku bercakap bahasa english adalah 40%, mendengar 50% , menulis 50% dan membaca 80%. Ini rating yang aku beri kepada diri aku sendiri. Aku tidak malu. Dengan rating rendah yang aku berikan tetap aku “faham” bahasa english itu. Tidak menjadi masalah buat aku.
Aku tahu akan kepentingan bahasa english didalam dunia era globalisasi ini. Malah aku menyokong akan usaha yang mahu meningkatkan pemahaman bahasa english dikalangan rakyat Malaysia sejak dari sekolah lagi. Akan tetapi usaha sebegitu nampaknya masih lagi kurang “power” untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap bahasa english tetapi apabila sudah dewasa “tampak”nya hampir semua mampu memahami dan membaca tulisan english. Ini terjadi pada diri aku sendiri sebagai contoh.

Kurang Mahir Bahasa English – image credit to http://ob21.net/
Melayu Kurang Fasih Berbahasa English – Pelikkah?
Aku mempertikai apabila ada yang mengatakan orang melayu antara kaum yang lemah berbahasa english di Malaysia ini. Buktinya ramai sahaja melayu yang hebat didalam bahasa english. TETAPI tidak menolak fakta memang melayu kaum yang lemah bahasa english ini di Malaysia. Persoalannya adakah pelikkah? Bagi aku tidak pelik. Melayu bukan lemah didalam bahasa english. Tetapi persekitaran yang membuat bangsa melayu di Malaysia kurang mendalami bahasa english itu sendiri.
English Dalam Budaya Melayu
Ketahuilah yang kaum melayu tidak melarang belajar bahasa lain. Akan tetapi suasama pembesaran anak anak melayu memang menggunakan bahasa melayu 100%. Kebanyakkan bahasa luar memang jarang diguna didalam bangsa melayu. Bukan melayu itu lemah tetapi budaya penggunaan bahasa english memang jarang digunakan kecuali jika ibu bapa itu “mahir” bahasa english dan kesannya anak anak mereka pun mahir berbahasa melayu. Dengan kata lain tiada sebab ibu bapa nak guna bahasa english, maka apatah lagi anak anak mereka yang berbangsa melayu.
Melayu Adalah Bangsa Asal
Seperti yang diketahui, tanpa menolak fakta, kaum melayu adalah bangsa asal di Malaysia atau dengan kata lain termasuk bumiputra. Dengan bangsa Melayu adalah penduduk asal “majoriti” di Malaysia, maka apakah kewajaran untuk mendalami bahasa english? Setiap bangsa di dunia akan menggunakan bahasa sendiri kerana majoriti rakyat akan bekerja didalam negara sendiri. Maka tiada sebab belajar bahasa english dan tentulah kaum melayu di Malaysia “kelihatan” lemah didalam penguasaan bahasa english. Ini bukan kelemahan!
Bangsa Lain di Dunia Pun Lemah Juga
Janganlah kerana melayu di Malaysia dianggap kaum yang lemah didalam penguasaan bahasa english maka dianggap ketinggalan. Kalau korang hendak tahu, korang tontonlah rancangan dari France, China, Korea, Japan dan mana mana didunia ini, korang akan dapati kebanyakkan rakyat mereka iaitu “bangsa asal” negara negara terbabit tetap juga “lemah” didalam bahasa english. Malah mereka bergelak ketawa menceritakan pengalaman menggunakan bahasa english yang sangat lemah didalam budaya mereka. Sebab apa? Sebab mereka bangsa asal negara terbabit dan tiada keperluan untuk belajar bahasa lain.
Bahasa english bukanlah tidak penting. Malah bagi aku ianya harus dipelajari. Banyak ilmu yang kita boleh dapat dengan mempelajari dan menguasai bahasa english. Tetapi memperlekehkan melayu antara bangsa yang lemah didalam bahasa english bagi aku tidak patut. Ada banyak sebab kenapa melayu kurang menguasainya. Bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Malaysia. Janganlah kerana kurangnya fasih berbahasa english menyukarkan anak Malaysia untuk mendapat pekerjaan yang tinggi. Ini negara Malaysia, buatlah cara kita….