Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Melayu Kaya Tetapi Tidak Membanggakan Bangsa

$
0
0

Benda ini dah lama aku perasan dan kali ini aku ingin berkongsi dengan kawan kawan disini. Aku tidak tahu samada korang bersetuju dengan aku ataupun tidak tetapi inilah yang aku nampak ketika ini. Apa yang aku kongsikan adalah secebis dari suasana semasa yang berlaku kini dan aku harap ianya berubah dimasa akan datang. Bukanlah berasa “cemburu” dengan kejayaan orang lain tetapi terasa “sedih” lantaran dari lemahnya melayu didalam menguasai ekonomi di Malaysia kita ini yang kita cintai untuk bangsa, agama dan negara. Aku harap artikel aku ini tidak menyentuh mana mana sensitivi individu melainkan ianya hanyalah lontaran secebis dari jiwa aku ini.

Begini, sering sekali aku melihat ramai melayu dikalangan kita ini mampu membuat duit dengan banyak melalui online dan juga offline. Ada yang mampu membuat seminar dan mendapat wang puluhan ribu dari seminar yang dianjurkan. Ada yang berjaya buat duit ribuan malah puluhan ribu ringgit dari teknik affiliate. Ada yang buat puluhan ribu ringgit dengan bisnes online. Ada yang untung dan terima banyak duit dari menjual beli emas. Ada yang masuk pelaburan sana sini dan apa apa sahaja yang diceburi dan hasil yang mencecah puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit pun ada “cuma” tidak mahu memperbesarkan akan hal terbabit.

Melayu Kaya

Melayu Kaya – image credit to http://wafiqulya.blogspot.com/

Terkilan Dengan Aset Melayu Kaya

Ada yang baik bersedia untuk berkongsi tips kejayaan mereka agar kawan kawan lain juga turut berjaya seperti beliau dan mendapat wang yang bannyak. Hasil dari keuntungan buat duit yang banyak itu pula dibuktikan dengan mampu keluar dari kempompong kesusahan dengan menunjukkan mereka mampu membeli rumah besar, kereta yang pelbagai malah siap ada pejabat untuk diri sendiri untuk bekerja bagi melancarkan bisnes online yang mereka buat. Seperti yang aku katakan diawal tadi, aku tidak cemburu dengan kejayaan mereka apatah lagi dengan apa yang mereka ada, malah aku bangga dengan kejayaan “anak melayu” cumanya aku “terkilan” dan “sedih” dengan aset yang mereka ada ini. Kenapa?

Melayu Kaya Kurang Berkongsi

Aku sedih kerana didalam ramai ramai yang mempunyai “peluang” dan “duit” yang banyak, amat jarang dan sedikit sekali diantara mereka ini yang bersedia melabur dan berkongsikan hasil kekayaan dengan orang lain. Maksud aku, aku jarang sangat sangat melihat bangsa melayu kita yang berkemampuan ini untuk melabur didalam pelbagai bidang keusahawan dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang lain terutamanya bangsa melayu.

Apalah kiranya banyak wang, banyak aset. Akan tetapi kesemua itu dipamer untuk memberikan rasa “kesan” kepada rakan rakan kita yang lain agar berjaya bersama sama walaupun ianya baik tetapi kesemuanya itu lebih kepada membelanjakan wang untuk diri sendiri. Kenapa tidak dilabur, dikongsikan, dibesarkan dan membuka lebih banyak peluang yang lain kepada diri sendiri dan seterusnya kepada orang lain.

{Nasihat kepada diri sendiri juga} – Maksud aku begini (contoh), jika aku ada wang RM100K, aku mampu dan aku punyai wang sebanyak itu, bukankah lebih baik aku membelanjakan wang kepada 6 orang wanita/lelaki untuk belajar cara membuat kek. Seorang aku laburkan habis sebanyak RM1000. Kalau 6 orang maknanya aku membelanjakan hampir 6 ribu ringgit untuk mereka belajar akan cara buat kek sampai pandai. Dan dari 6 orang ini aku pecahkan kepada 2 atau 3 group untuk membuka 2 atau 3 kedai kek. Secara kesimpulannya aku membelanjakan duit aku kepada yang lebih baik dan memberikan ruang untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya “meramaikan” lagi anak melayu buka bisnes mereka sendiri. Ingat, 2 atau 3 kedai tadi bukan aku yang urus atau jaga, tetapi mereka yang aku bayar dan latih tadilah yang akan menguruskan kedai terbabit ibarat mereka bos. Bukankah ini lebih baik.

Ada banyak yang aku ingin kongsikan, tetapi cukuplah ringkasan sebegini untuk aku sampaikan. Apa yang penting yang aku ingin sampaikan adalah, adalah lebih baik sekiranya MELAYU YANG BERKEMAMPUAN membelanjakan wang mereka untuk menyertai lebih banyak ruang bisnes yang boleh diterokai, memperbanyakkan lah bisnes milik sendiri, memperbanyakkanlah bos bos terlatih yang akan menjalankan bisnes terbabit, terokailah peluang bisnes berbentuk jaringan seperti kedai runcit, kedai telekomunikasi, kedai kek, kedai alat tulis, sektor pembuatan, sektor pembekalan, kedai elektrikal untuk anak lelaki dan akhirnya matlamat berkongsi kekayaan dengan yang lain dapat disampaikan dengan memberikan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang bersifat mandiri dan berdiri diatas kaki sendiri. Aku mahu melihat keadaan itu. Adakah kawan kawan setuju?

*** KITA HIDUP UNTUK BERKONGSI BUKAN MENYENDIRI… Tak Gitu?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles