Apa itu Goods And Services Tax (GST) ? Susah untuk aku jelaskan sebab aku pun kurang mahu mengambil tahu akan makna yang mendalam akan hal ini. Tetapi secara ringkasnya ianya adalah bermaksud “Cukai Barangan” dan “Cukai Perkhidmatan” yang akan dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. Ramai sangat yang bising akan isu ini dan ada yang bersetuju ianya dilaksanakan dan ada yang menentang ianya dilaksanakan. Apakah kebaikkan dan keburukkan GST ini terhadap negara?
Aku tidak mahu mengulas dan menjelaskan secara terperinci. Tetapi aku tidak suka akan seseorang yang cuba “MENYOKONG” atau “MEMBANGKANG” hanya kerana “PARTI POLITIK”. Tolong jangan membiasakan diri untuk senantiasa berasa dan bersenada jawapan hanya kerana parti politik. Kadang kadang kita harus bersetuju dan kadang kadang harus juga tidak bersetuju. Dan kalau bersetuju atau tidak pula haruslah disebabkan menyokong pendapat yang dirasakan layak dan lebih kuat untuk dijadikan hujahnya.

Goods and Services Tax Malaysia – image credit to http://www.mole.my/
Goods And Services Tax Malaysia
Malaysia akan laksanakan Goods And Services Tax nya untuk pertama kali dan ianya bakal dimulakan pada tahun 2015. Kita ada lebih kurang 1 tahun 1/2 lagi untuk sampai pada masa itu. Bila aku cuba memahami maksud akan tujuan dilaksanakan GST ini, aku dapati ianya terdapat dua versi atau dua keadaan yang perlu dilihat untuk memahami akan keberkesanan atau keburukkan GST ini. Apa yang perlu dilihat adalah “Keperluan GST” dan juga “Kesan GST” samada kepada ekonomi, kerajaan dan juga rakyat. Ini kena lihat.
Kenapa Kerajaan Mahu Laksana (GST) Malaysia?
Menurut kerajaan (Bajet 2014), kerajaan terpaksa menjalankan Goods And Services Tax (GST) ini kerana ingin meningkatkan pendapatan negara. Apakah tiada jalan lain untuk kerajaan mendapatkan pendapatan tambahan negara? Rupa rupanya (GST) Malaysia ini dinilai samada dari pakar ekonomi samada dalam ataupun luar negara ianya adalah suatu yang sangat baik. Kenapa baik? Kerana ianya meningkatkan kecekapan kutipan cukai dengan kadar yang cekap. Berbanding dengan sistem cukai yang bukan berbentuk GST, kutipan cukai selain GST adalah tidak cekap dan selalunya boleh untuk dielakkan. Dengan kata lain terdapat disana kelonggaran dan “lubang” yang boleh dipraktikan untuk mengelak membayar cukai. Tetapi dengan (GST) Malaysia ini, kutipan cukai adalah berkesan dan seterusnya menambah pendapatan negara. YEP, MEMANG BETUL.
Kesan GST Kepada Rakyat
Kesan kutipan cukai Goods And Services Tax kepada kerajaan tentulah membawa kebaikkan. Kerajaan mempunyai dana yang lebih untuk membangunkan negara dari segi pandangan ekonomi. Sesiapa pun tidak boleh menolak hakikat ini. TETAPI kesan GST kepada rakyat adalah bersifat menyeluruh. Dengan kata lain, dengan keadaan ekonomi rakyat semasa yang rendah, kos hidup yang tinggi, dan ditambahlah pula lagi dengan pengenalan (GST) Malaysia ini yang tentunya akan meningkatkan harga barangan bakal menambah lagi beban kos kehidupan di Malaysia oleh rakyat umum. GST itu sendiri adalah baik, tetapi dengan keadaan ekonomi rakyat yang kurang mampu hanya menyebakan GST itu sendiri tidak bagus untuk dilaksanakan ketika ini.
Kesimpulan yang aku boleh buat adalah, kerajaan memang memerlukan GST ini dilaksana untuk pertambahan kewangan negara, para peniaga pula tidak mahu bersedia untuk menyerap kos kenaikkan cukai yang dikenakan terhadap bisnes mereka, akibatnya kos cukai Goods And Services Tax (GST) Malaysia ini pula dikenakan kepada rakyat umum dan rakyat pula yang menanggung semua itu. Jadi salah siapa? Salah kerajaan kerana tidak berkemampuan mencari mekanisma lain untuk menambah pendapatan dan juga salah peniaga barangan keperluan rakyat yang tidak mahu menyerap kos cukai yang dikenakan terhadap mereka. Hasilnya rakyat terpaksa juga membayar.
*** Aku bukanlah membangkang perlaksanaan Goods and Services Tax Malaysia ini, tetapi rasanya ini bukan masa yang sesuai untuk dilaksanakan ketika kini. Ermmm