Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Page Boikot Barangan Cina DAP (BBCD) Masuk Parlimen

$
0
0

Ada satu isu baru dan ada satu page yang agak “agresif” dan bersungguh sungguh didalam memartabatkan ekonomi Melayu “TETAPI” ianya kelihatan agak “Rasis” bagi yang kurang menyenangi dengan cara dibawa matlamat membangun ekonomi Melayu. Facebook page yang aku katakan adalah page Boikot Barangan Cina DAP (BBCD) yang ditubuhkan kalau mengikut apa yang aku nampak dan faham adalah untuk menggalakkan melayu membeli barangan dikedai melayu dan mendidik melayu agar “TAHU” mana satu barangan milik Melayu dan kaum lain di Malaysia ini.

MAAF – Artikel aku tuliskan ini harap tidak disalah erti. Seperti biasa, aku akan tetap menulis dengan cara yang sederhana tanpa memberat kepada mana fahaman politik dan harap tiada tergurisnya perasaan kaum kaum lain yang membaca. Page Boikot Barangan Cina DAP ini nampaknya bagi aku lebih kepada menentang apa yang kaum lain buat (anggapan) iaitu kalau kaum lain boleh boikot barang Melayu, kenapa Melayu juga tidak boleh boikot barangan kaum lain. Begitulah intipatinya dengan membuktikan beberapa bukti dan juga hasil dari para komen yang memberi komen dengan memberikan pengalaman mereka semasa membeli barangan dari kaum lain.

Boikot Barangan Cina DAP

Boikot Barangan Cina DAP – image credit to Page (BBCD)

Kesan Positif Dari Sudut Positif Oleh Page Boikot Barangan Cina DAP

Aku tidak mahu ikut campur akan hal “tujuan” utama kenapa perlu memboikot barangan kaum cina. Sepanjang hidup aku, hidup berjiran, aku langsung tiada masalah untuk membeli barangan di kedai cina selagi ianya “tiada isu besar” yang terjadi dikedai terbabit. Sering aku beli dikedai cina. Kalau orang tanya kenapa tidak membeli dikedai melayu, aku katakan aku bukan tidak membeli dikedai melayu, cumanya aku membeli dipelbagai kedai termasuk melayu, cina dan india tanpa masalah.

Kesan positif yang aku suka pada perjuangan Page Boikot Barangan Cina DAP (BBCD) ini adalah aku mula “DAPAT TAHU” mana barangan yang milik melayu dan mana barangan milik bukan melayu. Soalan adalah, kenapa perlu bersifat rasis untuk mengetahui akan mana milik melayu dan tidak? Disini bukan lah faktor rasis perlu untuk mengetahi mana milik melayu ataupun tidak. Tetapi dari kesan positifnya adalah rupa rupanya kita sering kali tersilap apabila barang tersebut menggunakan NAMA MELAYU dan juga NAMA ISLAM, kita terus membeli tanpa berfikir kerana beranggapan itu melayu.

Kadang kadang melayu membeli barangan produk yang bernama melayu bukan kerana untuk membantu melayu tetapi kerana faktor HALAL. Bila dah nama melayu, mestilah pemilik adalah melayu dan seterusnya tidak diragukan akan ke-halalannya disinilah silap terjadi. Banyak sahaja produk yang bernama melayu dan islam tetapi tuan pemilik adalah bukan melayu islam dan ini banyak.

Maka dengan satu sisi, perjuangan Page Boikot Barangan Cina DAP (BBCD) adalah baik kerana orang melayu akan tahu tidak semua barangan yang mereka beli adalah milik melayu dan seterusnya status halal akan lebih diperhatikan oleh kaum melayu.

Kesan positif page Boikot Barangan Cina DAP adalah mendidik melayu supaya tahu mana satu barang keluaran melayu dan menggalakkan membantu kaum bumiputra khususnya untuk meningkatkan penguasaan didalam bidang bisnes ini. Bukanlah untuk memboikot barangan cina kerana tidak semua peniaga melayu ada barangan yang boleh dibekalkan kepada melayu dan tidak salah membeli dikedai cina selagi ianya baik dan halal. Islam tidak pernah melarang membeli dikedai kaum bukan islam.

Nama produk Melayu dan Islam tetapi bukan milik Melayu

Nama produk Melayu dan Islam tetapi bukan milik Melayu – image credit to Page (BBCD)

Kesan Negatif Page Boikot Barangan Cina DAP

Kesan negatif page Boikot Barangan Cina DAP ini bagi aku hanya akan menyebabkan dua perkara besar iaitu Menggalakkan tidak membeli dikedai cina dan juga Memberi impak negatif kepada keharmornian kaum. Dua inilah kesan negatif yang boleh aku nampak dan aku kurang bersetuju dengan tindakkan page Boikot Barangan Cina DAP ini.

Nasihat Kepada Page FB Boikot Barangan Cina DAP

Teruskan perjuangan mereka dengan memandaikan dan memberi ilmu kepada kaum melayu agar ketahui produk melayu muslim agar melayu boleh bangkit didalam bidang bisnes ini. Kalau melayu tidak tolong siapa lagi. Diucapkan tahniah kepada page ini dan satu lagi sila tukar nama group ini kepada yang lebih baik dan tidak mengapi apikan isu perkauman yang akan menyebabkan setiap kaum memboikot sesama sendiri yang akan menyebabkan kedua dua kaum rugi sesama sendiri. Ini lagi tidak baik. Yang baik nya adalah kaum melayu terus menyokong usahawan melayu agar mampu menguasai bidang bisnes tanpa melakukan provokasi dan memainkan sentimen yang tidak sepatutnya.

Isu Terkini - Page (BBCD) Masuk Parlimen

Aku dah agak, page ini akan “buat hal” dan pasti akan masuk parlimen dan menjadi isu. Tekaan aku betul. Ahli parlimen Seputih iaitu Teresa Kok telah membawa dan membangkitkan perkara ini didalam parlimen. Beliau cuba untuk memberitahu dewan agar tindakkan harus diambil terhadap Page (BBCD) ini. Dikatakan laporan polis telah dibuat tetapi masih lagi tiada tindakkan diambil kata beliau. Jom lihat video dibawah ini.

Aku tidak tahu apa yang akan terjadi dan apa tindakkan selepas ini. Ini kalau dah sampai masuk parlimen boleh dikira agak besar lah isu ini kalau diteruskan lagi perbincangan mengenai Page (BBCD) ini.

Akhir kata bagi aku, teruskan perjuangan membantu sesama melayu. Adakah ianya sebuah kesalahan membantu melayu. Melayu sudah sangat lama terlalu bertolak ansur dan tidak kisah membeli dimana mana kedai. Sudah tiba masanya memandaikan melayu dan mendidik melayu agar mengetahui sedikit sebanyak mana barangan keluaran melayu dan membantu sesama melayu. Membantu melayu bukan bermakna kita rasis, tetapi tujuan untuk meningkatkan ekonomi melayu agar keluar dari kepompong selesa dan berubah untuk menjadi bangsa yang berdaya maju dan berani bersaing. Maka tentulah sokongan melayu diperlukan, kalau tidak melayu siapa lagi. Akan tetapi janganlah memboikot barangan kedai cina. Kita tetap juga membeli. Kita hidup berjiran. Sama sama cari makan dan bantu membantu. Ayuh melayu bangkitlah… Aminnn

*** Cina buka kedai dikawasan melayu, bisnes cina survive. Melayu buka kedai dikawasan Cina, bisnes melayu tidak bertahan lama. Ini fakta dan menunjukkan melayu tiada rasis. Sebab apa? Sebab melayu tidak kisah beli dikedai mana. Setuju?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles