Beli Rumah - Dah lama sangat aku menunggu sejak aku mula bayar sejak 1 tahun 5 bulan lalu. Kini rumah impian sebagai rumah pertama semakin hampir menghampiri. Bayangkan aku telah bayar sejak 1 tahun 5 bulan tetapi aku tidak mampu berbuat apa apa dengan rumah samada untuk duduk sendiri, menyewa atau buat “home-stay”. Dua tiga hari lepas sebelum hari mengundi pilihanraya PRU-13, aku telah dikehendakki untuk membayar wang pemasangan meter TNB dan meter Air. Dan dengan ini secara rasmi ianya menunjukkan proses rumah aku telah mencapai fasa akhir untuk diberikan kepada pemilik rumah.
Dan hari itu aku pergi ke pejabat pemaju untuk melunaskan bil pemasangan meter tersebut dan jumlah bayaran yang dikenakan adalah RM250. Ok tidak terlalu mahal. Alhamdulillah telah dijelaskan semuanya. Aku bertanya akan perihal Bilakah Akan Mendapat Kunci Rumah dan pihak pemaju kata aku perlu menunggu surat dari mereka untuk datang mengambil kunci dan itu tidak lebih dari 1 bulan sahaja lagi. Wow, teruja aku. Tidak sampai lagi sebulan rumah aku yang bergambar seperti dibawah akan aku dapat tidak lama lagi. Lain perasaannya bila mendapatkan rumah pertama.

Beli Rumah – Taman Seri Impian Kluang Johor (Aenicia)
Memang patut pun tidak sampai sebulan sahaja lagi untukdapat kunci rumah. Mana tidaknya, rumah pun dah siap 100% dah. Nanti kalau dapat kunci kena keluarkan lagi kos untuk pemasangan lampu dan kipas. Banyak modal yang harus dikeluarkan lebih lebih lagi untuk urusan dapur. Kebiasaannya pihak pemaju hanya menyediakan kawasan singki dapur dengan singki aluminium. Ikut pengalaman aku singki aluminium ni lebih baik ditukar dengan yang lain. Untuk jangka panjang memang kurang elok lagi lagi mudah senget dan kawasan saluran singki mudah bocor. Duit oh duit.
Doa Beli Rumah Baru (Doa masuk rumah baru)
Ya aku ada dengar “orang kata”, maklumlah aku ni tak banyak ilmu, mengatakan yang kalau rumah sudah lama tidak diduduki orang ada kemungkinan “makhluk halus” duduk disana. Rumah baru ni kadang kadang terbiar dengan begitu lama disebabkan pelbagai faktor. Dengan kata lain rumah lama terbiar kosong kebiasaannya akan diduduki oleh jin. Tetapi jangan bimbang. Jin kan makhluk Allah juga. Jadi ada cara untuk ditangani. Ni aku terbaca diblog En Khairil Mazri ada dikisahkan tentang petua masuk rumah baru. Boleh baca disana tentang apa yang Rasulullah buat ketika masuk rumah baru/kosong yang boleh kita amalkan melalui hadith tersebut.
Taman Seri Impian Kluang
Ada orang tanya dimana aku beli rumah nih. So jawapan aku, aku beli rumah ini di Taman Seri Impian Kluang Johor. Kawasan perumahan ini sangat sangat besar disebabkan ianyanya adalah bekas kawasan penerokaan kelapa sawit yang telah di gondolkan. Harga rumah dari semurah RM110K hinggalah semahal mahal mendekati RM1/2juta keatas. So kawasan ini bercampur campur dan pelbagai jenis rumahnya. Tetapi yang penting semua rumahnya berbentuk design modern. Jadi aku telahpun beli rumah dan didalam gambar tersebut adalah rumah pertama yang berjaya dimiliki. Alhamdulillah..