Alhamdulillah. Itu yang boleh aku katakan, korang ingat lagi tak dengan artikel aku pasal superblog. Pada yang tidak tahu boleh pergi baca pada link yang telah aku letakkan tuh. Alhamdulillah tidak sia sia aku buat superblog, hehe. Sehingga artikel ini ditulis aku hanya mempunyai sebanyak 12 artikel sahaja didalam blog baru tuh. Setakat ini hanya itu sahaja yang aku mampu buat dan tuliskan akibat kekangan masa yang mencemburui aku lagi lagi blog ini adalah blog utama aku dan tentulah perhatian diberikan lebih berbanding yang lain.
Sebenarnya bukan susah pun nak buat blog yang hanya fokus kepada affiliate semata mata. Yep memang pada awal nya sangat susah dan “annoying” dan aku sendiri mengakui yang aku terasa “annoying” sesangat. Maklumlah nak tulis dan buat artikel berkenaan satu satu product ibarat kita sedang membuat advertorial akan sesuatu product. Bila idea buntu, malas pula menjelma, memang kompem la satu artikel pon senantiasa asyik di draft sahaja tanpa publish-publish. Itu yang aku lalui. Tetapi bila siap sahaja artikel iaitu “affiliate artikel”, terasa kepuasan yang tersendiri, huhu

Komisen dari Bakar Lemak Pantas
Bakar Lemak Pantas
Sejak aku membina blog superblog “affiliate” sebulan lalu. Inilah kali pertama aku telah berjaya menarik pembeli dan menjual ebook berkenaan cara cara untuk menguruskan berat badan yang bertajuk “bakar lemak pantas“. Bangun ja dari tidur, buka email kemudian ternampak tajuk email berbunyi “Tahniah, komisen telah dibayar”. Disebabkan pertama kali so aku kurang “tangkap” akan apa yang aku dapat. Bila buka dan baca sahaja email tersebut, barulah aku faham yang aku telah menerima komisen dari superblog aku terhadap product dari bakar lemak pantas. Syok dia lain macam sebab, korang tidak buat apa apa pun, janji buat artikel, pastu biarkan ja. Kalau kena gaya, ada yang berminat membeli, dan kita pon dapat komisen, best kan.
Kan best kalau setiap bulan ada ja pembeli, hehe, Itupun kalau ada banyak artikel dan product untuk dipromosikan. Bila aku tengok benda alah affiliate ni dan dapat rasa untungnya. Aku ada terfikir kan baik kalau kita dapat buat product kita sendiri. Kita yang promosi dan orang lain pun tolong promosikan dengan kaedah komisen. Aku ada terfikir nak buat product affiliate kepunyaan sendiri. Nantilah ada masa nanti, ada idea, insyaallah aku akan buat. Jalan dah nampak, tinggal nak buat ker tak sahaja. Selamat maju jaya semua..