Kali pertama saya kenal dengan beg tarik beroda ini adalah ketika zaman persekolahan. Masa itu kalau bawa beg sekolah memang berat. Bahu badan menjadi sakit. Dan apabila terlihat ada sesetengah rakan menggunakan beg sekolah jenis tarik dan beroda, terasa teruja sekejap. Terasa alangkah seronoknya kalau saya pun dapat menggunakan beg yang sebegitu. Nampak senang sahaja dapat bawa beg sekolah. Itu cerita tentang beg sekolah. Bagaimana pula dengan beg travel orang dewasa yang digunakan untuk balik kampung dan juga melancong.
Beg travel beroda jenis luggage kebiasaannya digunakan ketika balik kampung, jalan jauh atau pergi melancong. Maklumlah, kalau berjalan jauh, sudah pasti beg baju kita nanti akan diisi dengan pakaian yang banyak. Dan keadaan ini sudah pasti akan menyebabkan beg kita akan menjadi berat. Dengan fungsi TARIK dan BERODA, sudah tentu urusan mengusung beg baju pakaian akan menjadi mudah. Kalau disuruh angkat dan mengusung beg dengan menarik beg, sudah pasti ramai orang akan memilih beg tarik beroda betul?
Ramai orang menyangka yang beg tarik beroda ini mahal harganya. Tekaan anda itu ada benarnya. Tetapi harga beg pakaian beroda mahal bukan kerana berkualiti, tetapi kerana baru diperkenalkan. Dan selepas beberapa tahun dipasaran dan semakin ramai orang mula menggunakannya. Sudah tentu ada versi yang berbeza yang ditawarkan dengan harga lebih rendah dan murah.
Website Yang Menjual Travel Luggage Bag
- Lazada – Ada sangat banyak beg tarik beroda yang sesuai untuk perlancongan di sini
- Amazon – Anda mahukan beg travel yang berkualiti boleh cari dan beli di sini
- Aliexpress – Anda mahukan travel luggage bag yang murah boleh beli di sini
Kalau saya lihat di kedai kedai di shopping complex, harga beg tarik beroda ini biasanya dalam lingkungan harga RM400 dan ke atas. Tetapi melalui website, saya dapati anda boleh dapatkan beg tarik beroda dengan harga murah di bawah RM200 sahaja. Jangan terkejut kalau dengan harga RM200 dan ke bawah pun anda boleh dapatkan 2 beg travel sekaligus. Satu besar dan satu kecil. Jom lawat website yang ada menjual beg tarik jenis beroda ini dengan klik link di atas ini. Selamat berjalan jalan.
The post Mencari Beg Tarik Beroda Untuk Melancong appeared first on eCommerce In Malaysia.