Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Review eCommerce Store Murah Malaysia

$
0
0

Anda tanyalah kepada mana mana peniaga online di Malaysia, kebanyakkan masih lagi terlalu fokus berniaga melalui internet di sosial media. Dan majoritinya hanya menjana pendapatan dengan program dropship sahaja. Ilmu berniaga secara online sudah penuh di dada. Tetapi masih lagi tidak yakin untuk berniaga produk sendiri. Sebab itulah masih sangat kurang peniaga online yang berhijrah dari platform sosial media ke platform eCommerce store. Sebenarnya, mahalkah eCommerce store ini? Sebenarnya ada sangat banyak servis eCommerce store murah di Malaysia ini. Anda mungkin tidak tahu.

Apa itu eCommerce store? Ianya adalah sebuah kedai online MILIK ANDA SENDIRI. Anda pasti pernah melihat sebuah website yang paparanya adalah gambar produk yang dipaparkan sekali dengan harganya. Dan pelawat boleh terus membuat pembelian produk menerusi website kedai online tersebut. Itulah dia namanya eCommerce store. Untuk menggunakan dan memilikinya, anda perlu melanggan pakej bulanan. Jangan risau tentang harga. Ada sahaja pakej eCommerce store murah di Malaysia ini.

Contoh sebenar kedai online yang menggunakan sistem eCommerce store murah dari Easystore

Contoh sebenar kedai online yang menggunakan sistem eCommerce store murah dari Easystore

eCommerce Store Murah Malaysia

Mudah cerita begini. Kalau anda buka kedai fizikal sebenar. Paling tidak anda kena bayar sewa kedai minima sebanyak RM500 sebulan. Tetapi dengan mempunyai kedai maya seperti eCommerce store ini, anda boleh dapatkannya dengan yuran bayaran bulanan serendah di bawah RM50 sahaja. Apakah kos bulanan buka kedai di internet dengan harga sebegini dikira mahal? Sudah tentu tidak. Malah anda boleh menjalankan program dropship anda sendiri dan menarik agen dropship untuk mendaftar di bawah rangkaian anda pula. Menarik bukan?

Penyedia Servis eCommerce Store Yang Murah

  • Easystore – Anda boleh gunakan perkhidmatan bina kedai online murah di sini
  • Shopify – Kalau mahukan servis bina online store yang hebat, boleh cuba yang ini

Selalunya apabila bercakap tentang eCommerce store murah. Saya hanya berminat berkongsi dan memperkenalkan anda dengan 2 penyedia bina online store sahaja. Satu dari syarikat Malaysia dan satu lagi dari syarikat luar negara. Kedua dua penyedia eCommerce store di atas ini menawarkan servis dan fungsi yang sangat hebat tetapi dengan harga langganan mampu milik iaitu rendah dan tidak mahal. Terpulang kepada anda mahukan sistem kedai online dari syarikat yang mana. Saya doakan agar anda berjaya dalam bidang perniagaan eCommerce ini. Selamat mencuba.

The post Review eCommerce Store Murah Malaysia appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles