Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen - Selepas berakhirnya Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13 dan diakhiri dengan kekalahan bagi pihak Pakatan Rakyat (PR), maka tiada lagi angan angan untuk para penyokong PR dan rakyat umum dengan penghapusan PTPTN didalam perjanjian dan janji manifesto PR. Dengan kata lain, para peminjam ptptn selepas ini terus dengan cara sebelum ini iaitu perlu mematuhi undang undang dengan wajib iaitu perlu membayar pinjaman ptptn masing masing seperti sediakala. Aku sebagai peminjam pinjaman ptptn juga perlu akur dan membayar pinjaman aku sesuai dengan perjanjian yang telah dibuat.
Pada yang kurang sedar, tahukah korang, pada yang culas membayar pinjaman ptptn yang “tegar”, selalunya mereka ini akan dikenakan tindakkan “blacklist” atau disenaraihitamkan. Jadi apa masalah yang timbul jika nama disenaraihitamkan. Salah satu masalah yang timbul adalah korang tidak dibenarkan untuk keluar negara oleh pihak Imigresen. Apa kaitan pihak Imigresen dengan ptptn. Perlu diketahui pihak imigresen dengan pihak ptptn telah menjalin kerjasama untuk menyekat individu iaitu para peminjam ptptn yang mempunyai rekod tidak bersih didalam membayar ptptn dari dibolehkan untuk keluar negara.

Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen
Semakan Senarai Hitam PTPTN – Rayuan Senarai Hitam
Secara jujurnya aku bersetuju dengan kaedah ini. Mungkin korang ada pandangan tersendiri. Para peminjam ptptn dan kemudian ingin keluar negara selalunya secara kasarnya kita akan berfikir individu ini mempunyai wang. Kalau tidak mempunyai wang, masakan boleh keluar negara didalam pelbagai alasan. Lagi tidak munasabah kalau keluar negara untuk berjalan jalan tetapi culas dan gagal didalam membayar pinjaman ptptn, maka individu ini memang patut dikenakan tahanan. Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaiannya mudah, iaitu menghubungi pihak ptptn dan membuat rayuan dan melunaskan “hutang tertunggak” sahaja dan bukan keseluruhan. Jika sudah melunaskan, maka tiada sebab pihak ptptn dan pihak imigresen untuk menyekat anda keluar negara. Tetapi bagi yang tidak keluar negara pun janganlah diambil ringan terhadap benda ini. Anda pinjam, anda bayarlah.
Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen
Tidak kira samada korang ingin keluar negara ataupun tidak, tidak salah sekiranya korang check dan membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN ini. Aku galakkan kepada individu yang memang selalu bayar dan kadang kadang tidak bayar. Kepada yang terasa atau “siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya” lebih baik buat Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam sekarang dibawah ini.
Sila Klik Disini Untuk Membuat Semakan Peminjam Yang Disenarai Hitam – PTPTN
Senang sahaja untuk membuat Semakan Senarai Hitam PTPTN ini. Tekan link diatas yang telah diberikan. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan korang. Kemudian tekan “semak” untuk membuat semakkan. Kalau keputusan “result” mengatakan “tiada halangan” maka korang bersih dan tidak disenarai hitam dan begitulah sebaliknya. Mudah bukan.
Aku dah membuat semakkan dan alhamdulillah nama tidak disenaraihitamkan oleh ptptn mahupun pihak imigresen. Kalau nak keluar negara insyaallah lepas, hehehe. Ada tak kawan kawan yang tidak lepas. Kepada yang faham faham diri sendiri bayar tidak ikut jadual ada baiknya membuat semakkan segera. Korang dah buat Semakan Senarai Hitam PTPTN Imigresen?