Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Tonton MasterChef Indonesia Season 3

$
0
0

MasterChef Indonesia Season 3 – Aku memang suka menonton rancangan memasak dari rancangan MasterChef. Dari sejak MasterChef Malaysia musim pertama hingga ke selebriti musim kedua semuanya aku ikuti tanpa gagal. Tidak tahu kenapa, aku jarang memasak, bukan jenis ke dapur tetapi rancangan memasak seperti ini memang aku minat. Bukan rancangan memasak bersama minyak masak seri murni atau saji tetapi minat kerana “format” rancangan memasak yang dipertandingkan dengan kebolehan individu didalam memasak samada sedap, pantas, pandai, kreatif dan pintar itulah menjadi inti pati kenapa aku suka rancangan masterchef ini.

Kalau korang tahu, oleh kerana faktor bahasa juga menyebabkan aku juga menonton dan mengikuti rancangan Masterchef Indonesia. Aku tidak sempat untuk mengikuti musim pertama tetapi sempat untuk mengikuti sampai habis musim kedua. Kali ini MasterChef Indonesia telah bermula bersiaran untuk musim ketiga iaitu season 3. Tidak sangka ianya secepat ini. Jadi bolehlah aku luangkan masa menonton MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 dan juga MasterChef Indonesia Season 3 dengan sekaligus, hehe.

MasterChef Indonesia Season 3

MasterChef Indonesia Season 3 – image credit to http://www.masterchefindonesia.com/

MasterChef Indonesia Season 3

Ketika artikel ini ditulis, belum ada lagi senarai calon yang berjaya untuk memasuki MasterChef Indonesia ini kerana sekarang baru sahaja bermulanya proses audisi/uji bakat untuk memilih siapakah yang benar benar layak dan berkebolehan didalam memasak dan seterusnya terpilih didalam top 20 nanti. Pada yang mempunyai atau mempu melihat siaran Indonesia bolehlah menonton secara langsung pada Setiap SABTU & MINGGU, Pukul 16.15 WIB di RCTI.

Juri MasterChef Indonesia Musim Ketiga

Antara 3 barisan juri yang akan menjadi juri bagi MasterChef Indonesia Musim Ketiga adalah Chef Degan Septoadji, Chef Rinrin Marinka dan juga Chef Arnold Poernomo (Chef baru yang menggantikan Chef Juna Rorimpandey). Setakat ini hanya dua juri sahaja yang aku tahu akan watak mereka tetapi chef yang baru ini kita akan lihat nanti bagaimanakah perwatakkan beliau apabila sudah bersiaran secara langsung nanti.

Jom Tonton Video Youtube Audisi MasterChef Indonesia Season 3 (Episode 1)

(Episode 2)

Disini ada tak jejaka yang minat didalam rancangan MasterChef ini. Dan ada tak yang juga turut serta menonton siaran MasterChef dari Indonesia. Bagi aku, aku suka akan rancangan seperti ini. Ini kerana ianya melibatkan sesuatu yang bermanfaat dari segi ilmu, kesungguhan, belajar, mencuba, memperbaiki, mencipta dan seterusnya mewariasikan kepelbagaian rasa dan persembahan bagi memastikan kita menjadi juara diantara juara. Jom Tonton MasterChef Indonesia Season 3

Facebook :https://www.facebook.com/MasterChefIndonesiaOfficial

Twitter     : https://twitter.com/MasterChefIndo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles