Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang – Dah dua kali aku pekena makanan arab iaitu dari yemeni. Ntah kenapa semalam rasa macam nak sangat sangat pekena masakkan aran tu dekat Restoran Qasar Hadramawt di bandar perda pulau pinang. Sebab sebab aku nak mengisi perut kosong disana adalah sebab ingin mencuba menu yang lain yang belum pernah lagi dicuba. Maklumlah aku baru dia kali sahaja pekena makanan arab ni dan semalam adalah kali yang ketiga.
Datang awal, pukul 6.30 petang dah sampai. Alhamdulillah tidak ramai orang. Terus order menu. Dan menu yang aku order semalam adalah Chicken Mandy. Menu ni aku belum pernah rasa lagi tetapi mengikut kawan kawan aku kata sedap. So semalam aku orderlah Chicken Mandy. Semasa nak order itu aku menjadi blur samada nak makan sorang satu pinggan atau mengorder secara 1/2 kilo. Maklumlah nak makan hanya untuk dua orang. Restoran arab ni memang macam ni, nasinya banyak penuh sepinggan.

Chicken Mandy
Aku pun bertanyalah kepada pelayan. Bertanya kepastian mana yang lebih banyak. Samada mengorder makanan seorang satu pinggan atau 1/2 kilo. Pelayan menjawab yang seorang satu pinggan lebih baik sebab 1/2 kilo lebih banyak sedikit berbanding dua pinggan dicampurkan sekali. Jadi aku membuat keputusan mengorder Chicken Mandy seorang satu pinggan.
Chicken Mandy – Nasi Arab Dari Yaman
Seperti yang dijangka, seorang satu pinggan pun sudah sangat banyak. Aku sendiri berbadan yang berisi pun hampir tidak dapat menghabiskan. Serius satu pinggan sangat banyak nasinya untuk warga Malaysia kita ini. TETAPI kalau perut kosong, insyaallah boleh habiskan kerana seperti diketahui yang nasi arab ini menggunakan beras basmathi yang diketahui sangat sangat rendah kandungan kanjinya. Dengan kata lain, makan nasi arab tidaklah cepat kenyang berbanding beras biasa.
Pendapat aku, Chicken Mandy ini iaitu nasi arab beserta ayam sangat sangat sedap. Serius aku sangat suka. Boleh aku katakan kalau korang makan nasi sahaja pon sudah sedap apatah lagi dihidang bersama ayam. Daging ayam sangat sedap dan lembut. Bila membuat entry ini pun sudah menyebabkan aku terbayang kesedapan Chicken Mandy ni. Nyum nyum nyum. Pada yang duduk di penang, nak mai pekena nasi arab Chicken Mandy ni bolehlah singgah di Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang. Bye