Ubat Resdung – Tengah bermain main dan membuang masa di Facebook, aku terlihat akan iklan ataupun posting mengenai ubat resdung. Dah lama sangat dah aku tengok sana sini pasal penyakit dan ubat untuk resdung ini. Ada yang berbentuk kapsul, tablet, pil ataupun dengan cara “berasap”. Aku tidak faham bagaimana fungsi dan bagaimana rawatan resdung dilakukan malah aku sendiri kurang arif dan jelas mengenai resdung ini. Dari apa yang aku faham mengikut dengar dengar adalah resdung menyebabkan kegatalan pada kulit wajah, jerawat dan juga sensitiviti pada hidung iaitu bersin. Itu apa yang aku dengar dan bukan dari ilmu dan bacaan aku sendiri.
Apa Itu Resdung
Dari maklumat diinternet terdapat penerangan yang pelbagai dari penerangan samada dari penerangan tradisional mahupun dari saintifik. Akan tetapi secara ringkasnya ianya membawa maksud begini iaitu “Resdung” adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Dengan bahasa mudah Resdung adalah kombinasi perkataan dari “resah” + “hidung” yang membentuk perkataan Resdung.

Ubat Resdung Al-Taqwa
Secara jujurnya aku sendiri tidak tahu samada aku mempunyai resdung. Tetapi menurut fakta fakta yang aku dengar, semua orang ada resdung cumanya samada minimum, biasa, sederhana ataupun berat. Bila membaca tanda tanda pengidap resdung didapati mereka ini mempunyai tanda seperti sakit kepala, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau, muka berbintik hitam, jerawat, pendengaran yang kurang jelas, hidung berdarah, penglihatan kabur, gatal gatal dikawasan muda, telinga, hidung mata dan diseluruh badan.
Alhamdulillah aku tidak termasuk didalam senarai tanda penyakit resung seperti diatas kecuali bersin. Kadang kadang aku suka bersin diwaktu pagi iaitu selepas mandi. Tetapi aku rasa ini kes kecil sahaja dan tidak tahu samada ini resdung ataupun tidak. Akan tetapi aku cuba membeli ubat resdung iaitu dari keluaran Ubat Resdung Al-Taqwa penawar syifa. Ini aku beli secara online. Aku beli bukan sebab nak mengubati bersin atau apa, tetapi nak melihat bagaimana bentuk ubatnya. Aku cuba mengambil dan memakan ubat resdung kapsul ini. Setakat ini aku tidak dapat memberikan testimoni samada ok atau tidak kerana aku bukan pengidap resdung. Bersin yang aku alami kadang kadang diwaktu pagi selepas mandi pun belum tentu disebabkan resdung.

Apa Itu Resdung – image credit to http://resdungherbs.com/
Pengambilan Ubat Resdung Al-Taqwa
Seperti yang aku katakan tadi, aku bukanlah mengambil Ubat Resdung Al-Taqwa ini untuk masalah resdung, tetapi tujuan aku mengambil ini adalah untuk mencuba membersihkan sistem rongga rongga laluan pernafasan kita didalam kepala kita.
Cuba lihat gambar diatas. Gambar diatas menunjukkan didalam kepala kita sebenarnya mempunyai rongga laluan pengudaraan pernafasan dikawasan hidung, pipi dan juga didahi (kepala). Cuba lihat ada dua kawasan, satu kawasan bersih dan satu kawasan yang telah terkontaminasi. Dengan kata lain resdung boleh berlaku disebabkan penyumbatan didalam rongga berkenaan.
Jadi tujuan aku untuk mengambil ubat resdung adalah untuk cuba merawat dan memulihkan sistem laluan rongga pernafasan didalam kepala kita. Kita mana tahu dididalam kepala kita ni bersih atau tidak, berpenyakit atau tidak. Perbuatan ini hanyalah untuk mendidik diri mengamalkan perbuatan mencegah lebih baik dari merawat.
Ada sesiapa disini kawan kawan yang mempunyai masalah resdung. Boleh kongsikan pengalaman korang dibawah. Dan untuk pengetahuan, Ubat Resdung Al-Taqwa yang aku beli adalah secara online. Mungkin boleh didapati di farmasi yang berdekatan. Harga ubat resdung tidaklah mahal, cuma berharga RM10 sekotak dan mempunyai 20 kapsul untuk penggunaan sebulan. Apa apa pun, yang ada penyakit resdung tuh, aku galakkan korang mendapatkan Ubat Resdung Al-Taqwa – Penawar Syifa ini. Sekian..