Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Pengalaman Berada di Zaman Peralihan Teknologi

$
0
0

Zaman Peralihan Teknologi – Teringat aku suatu masa dulu. Kenapa aku ceritakan benda ni sebab aku tengok budak budak sekarang yang bawah aku semuanya sudah merasai teknologi seperti teknologi smartphone. Aku percaya mereka senua tahu tetapi tidak pernah merasai satu perasaan dimana kita sendiri melalui fasa fasa perubahan teknologi disekitar kita. Aku sebagai seorang yang melalui zaman tersebut memang teruja dan berasa lebih menghargai teknologi tersebut.

Bagaimana Zaman Peralihan Teknologi itu Berlaku

Telefon Pertama/Monophonic – Telefon bimbit aku pertama kali dahulu adalah dari jenis model Nokia 3310. Korang bayangkan perasaan teruja diwaktu itu memiliki phone sendiri. Dengan bernada deringkan monophonic dan kendian disetkan dengan lagu lagu dari artis yang disukai untuk menjadi nada panggilan. Korang kena faham, diwaktu itulah zaman telefon bimbit yang mudah dipegang ditangan mula meningkat nak.

Zaman Peralihan Teknologi

Zaman Peralihan Teknologi – image credit to http://kissingsuzykolber.uproxx.com/

Infrared Features – Hasilnya ketika itu, nokia telah mengeluarkan model baru dan terus aku mendapatkannya iaitu model Nokia Butterfly. Memang best habislah Nokia Butterfly ketika itu. Mana tidaknya, model nokia didatangkan dengan lampu skrin berwarna biru dan diintegrasikan dengan “infra-red”. Kalau korang dengar mesti kelakar kan. Tetapi pada waktu itu, infra red ini sangat membanggakan. Aku boleh bermain game “snake” dan berlawan dengan kawan lain melalui sistem “infra-red” inilah. Dah macam main permainan cyber-pet digimon plak ketika itu.

Radio Features – Perlu diperingatkan, sebelum telefon bimbit dibawah (entry dibawah) ini keluar, ketika ini telefon bimbit bermodel monophonic dan satu satunya model yang dilengkapi radio mula dipasarkan iaitu Nokia 6510

Colour Screen/GPRS/Polyphonic – Masa pun berlalu, kemudian telefon bimbit melalui fasa evolusi yang sangat besar ketika itu iaitu bermulanya zaman skrin berwarna. Dan telefon berwarna pertama yang aku dapatkan ketika itu adalah dari siri Nokia 3100. Aku sangat sangat suka akan phone ini. Mana tidaknya, inilah phone pertama aku yang berwarna dan pada zaman inilah bermulanya era internet terawal yang boleh dipakai di Malaysia pada telefon bimbit ketika itu iaitu berasaskan “GPRS”. Korang dapat bayangkan bagaimana perasaan bermain internet pertama kali di telefon bimbit yang berwarna dan ketika itu GPRS adalah free 100%. Dari pagi hingga ke malam main internet. Dan disini juga bermula era nada dering berbentuk polyphonic ringtons. Serius sedap giler nada dering lagu lagu kegemaran berkumandang dengan kesan bunyi polyphonic berbanding monophonic. Serius bangga ketika itu.

First Smartphone/Symbian/MP3/Memory Card/Touch Screen/Camera – Kemudian bermulanya era smartphone pun berlaku. Perlu diketahui yang pada zaman tersebut, telefon pintar ni dijana dengan menggunakan sistem Symbian OS dan telefon aku ketika itu adalah Sony Ericsson G900. Memang best sangat sangat. Manakan tidak, itulah phone pertama aku yang pintar yang sangat berkualiti bagi aku. Kerana apa, kerana aku dapat bermain internet, boleh bermain MP3, ada memory card, ada touch screen dengan pen stylus tetapi tidak menyeluruh penggunaan, dan mempunyai kamera 5MP. Korang rasa dengan spesifikasi sebegini pada waktu itu memang sudah lebih dari hebat. Aku sendiri sayang dengan phone tersebut.

Bigger Screen/Full Touch Screen/Wifi/GPS –  Dan selepas itu bermula pula era skrin smartphone yang besar iaitu bermula dengan 3.2 inch. Serius aku suka sangat sangat. Korang boleh touch screen dengan 100%, screen yang sebesar itu pula membolehkan era menonton youtube bermula di smartphone. Pengalaman bermain internet lebih teruja dan lebih teruja lagi, itulah phone pertama aku berkebolehan GPS. Masa ini GPS jenis Garmin memainkan peranan yang cukup penting. Dan phone tersebut adalah Nokia 5800 Xpress Music

Android – Era baru. Sistem operasi baru bagi menggantikan symbian secara total. Android OS system telah membawa evolusi yang baru bagi pengeluar telefon pintar. Kini satu sistem tetapi telah dikongsikan kepada pelbagai model jenama phone di pasaran. Dan smartphone aku yang pertama adalah Sony Ericsson Xperia X10. Satu perubahan drastik bagi aku. Sebab phone ini berskrinkan 4inci dan totally “smart”. Semua boleh. Radio boleh, GPS boleh, internet boleh, menonton video boleh, menangkap gambar boleh, social media boleh, bermain games boleh dan pelbagai lagi. Android berjaya membawa telefon bimbit kearah sesuatu yang baru yang berlainan dari sebelum ini. Teknologi melangkah setapak ke medan baru

Sebenarnya ada beberapa phone yang aku pernah pakai yang aku tidak ceritakan diatas ini diantaranya Sony Ericsson K300, Sony Ericsson K530, Nokia X1-01 dan Samsung I9070 Galaxy S Advance.

Aku bukan nak cerita apa jenis model aku pernah pakai. Tetapi apa yang aku nak sampaikan adalah aku pernah berada dizaman dimana proses transisi teknologi itu berlaku. Aku rasa kawan kawan yang sebaya pun sama. Tidak semua orang dapat merasai pengalaman sebegitu. Dari segi teknologi phone sahaja daripada zaman gelap main game snake kepada games 3D, mendengar monophonic kepada mp3, dari GPRS kepada WiFi, dari VGA keada MP, dari button kepada touch screen dan lain lain ini sebenarnya mengujakan aku. Tetapi tidak tahulah kedepannya nanti bagaimana pula. Aku melihat teknologi agak tepu sekarang. Apa apa pun aku nak tanya, siapa disini yang sama sama pernah melalui Zaman Peralihan Teknologi Smartphone ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles