Affiliate Luar Negara – Sejak berakhirnya Seminar Buat Duit Dengan Blog dari team Denaihati untuk para blogger Malaysia, aku lihat semakin banyak dan ramai yang ingin terlibat didalam affilate dan ianya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Aku sendiri melalui zaman zaman itu sebelum ini. Sebelum ini aku langsung tak faham apa itu affiliate. Dah la tak faham, nak tertarik pun kurang. Bila ada sedikit tarikkan pada affiliate pun aku rasa ianya susah dan berat. Begitulah pandangan aku ketika dulu.
Sebab kenapa aku tidak pandang affiliate sebagai salah satu jalan buat duit online kerana TIDAK FAHAM. Bila dah faham, dah melalui sendiri, dan merasai sendiri barulah aku tahu akan apa itu affiliate. Malah aku boleh katakan yang ianya sangat sangat mudah, hahaha. Cumanya samada kita boleh dapat duit atau tidak itu bergantung kepada promosi dan nasib kita. Itu sahaja. Akan tetapi untuk terlibat dan buat duit dengan affiliate memang mudah. Korang kena cuba baru tahu.

Affiliate Luar Negara – image credit to http://lerablog.org/
Kali ini aku bukan nak cerita pasal affiliate yang korang dah faham tu. Apa kata kita naikkan sedikit level kita. Aku anggap korang dah faham akan sistem dan bagaimana affiliate ini berfungsi dan sudah tahu apa yang perlu dibuat untuk menarik orang membeli product yang korang targetkan ya. Ok macam ni. Korang dah pun buat dan merasa sediri hasil dari affiliate kan. Apa kata korang tambahkan kepakaran korang dengan melangkah lebih jauh dengan affiliate luar negara. Iaitu memasarkan product affiliate luar negara.
Pendapatan Lebih Dengan Affiliate Luar Negara
Dah korang jangan takut lah dengan affiliate luar negara ni. Ada banyak tempat boleh korang ceburkan diri korang. Ada pelbagai product yang boleh korang pasarkan cumanya affiliate luar negara ni aku lebih cadangkan korang untuk pilih produk seperti plugin wordpress, theme wordpress, software, ebook dan macam macam lagi. Aku pun masih baru tetapi nak ajak kawan kawan untuk mencuba sesuatu yang baru. Ye la dari bergantung kepada satu sumber buat apa. Asik asik iklan klik, advertorial, dan juga jual barang. Dah pandai affiliate kan, so boleh cuba benda yang sama tetapi lain nilainya iaitu USD, hehhee.
Apa apa hal korang tengok dulu la, kalau berminat register dan cari product yang diingini untuk dipromosikan. Link untuk korang survey dahulu ada dibawah ni:
Aku pun masih baru join benda ni. Cumanya produk yang kita mahu promosikan tu mestilah di apply “request” dahulu. Kalau approve baru boleh mula start promosi. Tidak mengapa, korang survey dahulu, kalau berminat boleh sign up dan jadi affiliater mereka.
Ni salah satu yang aku join. Nak ajak kawan kawan. Kang ada yang kata kedekut tips dan port untuk buat duit ni. So aku dah bagi dan korang pandai pandai ya bawa diri. Apa apa pun pada yang masih baru aku sarankan korang terlibat didalam Affiliate Malaysia dahulu. Bila dah pandai yang Malaysia punya baru leh gerak pada yang affiliate luar negara punya.